suria
mStar - Urban.Versatil

Fasha Sandha ulas foto peluk Aidil Aziz dan Sharifah Sakinah... “Kami sudah kenal lama”

Fasha tidak mengambil pusing dengan komen negatif di media sosial.

PELAKON Fasha Sandha tampil menjawab isu foto suaminya, Aidil Aziz yang berpelukan dengan aktres Sharifah Sakinah sehingga mengundang perhatian netizen.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata dia tidak melihat perkara tersebut sebagai satu isu besar dan enggan mengulas lanjut kerana bimbang kenyataannya disalah tafsir.

"Sakinah merupakan pelakon yang saya kagumi dan saya meminatinya. Dia sangat berbakat. 

Fasha  bimbang kenyataannya disalah tafsir.

"Saya kenal dia (Sakinah) dah lama jadi saya selesa dengannya dan sekarang dia berlakon dengan Aidil. 

"Kalau orang tanya fasal isu itu (berpelukan) saya rasa tak mahu komenlah kerana bimbang disalah tafsir. Bagi saya isu itu terlalu remeh untuk dibicarakan," katanya kepada mStar. 

Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis previu episod akhir drama Doa Yang Terlindung bersama peminat yang diadakan di Ampang Coffee House, Kuala Lumpur pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan main mesra Sharifah Sakinah peluk Aidil Aziz, netizen kurang senang Fasha Sandha izinkan suami dirangkul wanita lain

ARITKEL BERKAITAN: Isu halal haram, Fasha Sandha terguris ‘mulut bisa’ pempengaruh Islamik berbadan sado.... “Tegurlah dengan berhemah tanpa mengaibkan sesiapa pun”

Menurut Fasha, dia tidak membaca komen negatif netizen, sebaliknya membiarkan isu itu terus berlalu pergi. 

"Kalau kita cakap lebih-lebih pun salah sebab orang tetap akan cakap ia perkara salah. 

"Saya tak baca sangat komen-komen negatif ini sebab ia seperti angin lalu saja. 

"Saya pun sekarang baru nak bermain Threads. Saya memang selalu lambat sebab terlalu sibuk dengan kerja dan anak-anak jadi tak main media sosial sangat," ujarnya. 

Kemesraan Fasha (kiri), Aidil dan Sakinah undang rasa kurang senang netizen.

Sebelum ini, perkongsian foto mesra Fasha bersama suami mengundang kecaman ramai apabila turut memaparkan Sakinah yang memeluk Aidil. 

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram itu, Aidil merangkul erat Fasha dan Sakinah sambil tersenyum ke arah kamera. 

Difahamkan, foto berkenaan diambil ketika mereka bertiga menghadiri sebuah acara bagi mempromosikan drama terbaru Aidil dan Sakinah berjudul Sujud Terakhir Encik Norman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Hafiz Suip kembali bergelar suami