TV AlHijrah bakal menampilkan pelbagai rangkaian program khas sepanjang Ramadan dan Syawal yang berteraskan nilai keimanan dan ihsan pada tahun ini. Membawa tema Suburkan Iman, Sebarkan Ihsan, kandungan yang disusun bukan sahaja bertujuan mengimarahkan bulan mulia, malah memperkukuh institusi keluarga, menyemai keprihatinan sosial serta menyatukan masyarakat. Rangkaian program Ramadan disusun sebagai satu ekosistem penyiaran yang menjadikan bulan tersebut sebagai madrasah tarbiah, membimbing penonton melalui proses pengukuhan iman, pembaikan akhlak dan penyucian jiwa.Namanzee (tengah) menjanjikan kandungan tahun ini berlainan dengan sebelumnya. Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris berkata, perancangan kandungan Ramadan dilakukan lebih awal dengan analisis menyeluruh bagi memastikan setiap program kekal relevan, segar dan tidak berulang.“Setiap tahun kami cuba tampilkan kelainan dari segi pendekatan dan susunan program. Sejurus selesai Ramadan tahun lalu, pasukan kami terus membuat analisis apa yang berkesan kita perkasakan, yang kurang memberi impak kita perbaiki atau gantikan. "Ramadan mempunyai corak tontonan yang berbeza, jadi strategi penyiarannya juga tidak boleh sama seperti bulan biasa," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: UNIC menang Lagu Terbaik Anugerah Carta 114 TV AlHijrah, hanya sempat berlatih dalam keretaARTIKEL BERKAITAN: TV AlHijrah tak pilih bulu, sesiapa pun layak jadi tetamu macam Kak Long 7E… Cumanya kisah sebelum ini tak viral!Antara program teras Ramadan adalah Islah Ramadan, Tadarus On The Go, Quran Challenge, Malam Seribu Bulan, Jalan Taubat, Khatam Ramadan dan pelbagai lagi termasuk drama yang berunsurkan nilai-nilai murni. Seiring perubahan landskap media dan peralihan penonton ke medium digital, TV AlHijrah turut memperkenalkan inisiatif berskala besar menerusi platform Langit Dakwah, yang memfokuskan kandungan dakwah eksklusif untuk media sosial. “Sebagai penyiar, kita berpegang kepada etika penyiaran. Kita memberi fokus kepada mesej yang membina, nilai ihsan dan keharmonian masyarakat. Antara selebriti yang terlibat dengan kandungan di TV AlHijrah. "Kita tidak mengejar sensasi semata-mata, sebaliknya kandungan yang memberi manfaat dan membentuk insan yang lebih baik,” katanya.Sempena sambutan Syawal pula, TV AlHijrah meneruskan kesinambungan tema dengan penekanan kepada penyatuan dan kemaafan melalui pendekatan 'Eratkan Kasih, Bertaut Sayang'.Program khas Salam Lebaran Raya, telefilem istimewa seperti Menantu Datuk Nikah Kahwin dan Surat Dari Syurga, Program Jom Dengar Cerita Raya, Ini Kisahku Raya bakal menemani penonton.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!