suria

TV AlHijrah tak pilih bulu, sesiapa pun layak jadi tetamu macam Kak Long 7E… Cumanya kisah sebelum ini tak viral!

Namanzee (kiri) jelaskan sebab undang Kak Long 7E dalam program Trending.

SELEPAS kontroversi menjemput wanita yang dikenali sebagai Kak Long 7E menjadi tetamu rancangan Trending, ada netizen mengkritik tindakan stesen TV AlHijrah yang dilihat hanya mengundang individu kontroversi dalam program mereka.

Tampil menjawab persoalan itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah iaitu Namanzee Harris berkata stesen berkenaan terbuka mengundang sesiapa sahaja personaliti yang bersesuaian untuk menjadi tetamu program berkenaan.

"Kita melihat isu Kak Long sebelum ini sebagai proses kematangan dalam penerbitan program kami dan kita akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Teguran jutawan internet kepada TV AlHijrah sempoi tapi ‘deep’! Dalam masa sama intai slot Kak Long 7E

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan saja-saja... AlHijrah jemput Kak Long 7E untuk beri teguran, tangguh siaran selepas teruk dikecam

"Kita memang tak pernah memilih bulu menjemput sesiapa, ramai personaliti media sosial dan influencer yang dah diundang sebelum ini, cuma ada antara mereka yang belum sampai masanya dan belum ada program yang sesuai.

"Kita sentiasa beri ruang kepada semua, kalau mereka ada cerita perjalanan penghijrahan dan mahu berkongsi kisah dakwah mereka kita terbuka untuk menjemput," katanya kepada mStar.

kaklong 2

Kak Long (tengah) bersama PU Amin (kanan) dan Ustazah Isfadiah.

Namanzee ditemui semasa majlis pelancaran kempen Ramadan Syawal 1443H dan aplikasi terbaharu TV AlHijrah yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sebelum ini, stesen TV AlHijrah dikecam netizen kerana menjemput Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura Bharudin, 33, sebagai tetamu program berkenaan.

Sebelum ini pun kita sudah mengangkat unsung heroes cuma tidak tular seperti petugas barisan hadapan, pegawai bomba dan ramai lagi

NAMANZEE HARRIS

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah

Bagaimanapun tidak lama kemudian, pihak stesen TV berkenaan tampil dengan kenyataan rasmi menjelaskan isi kandungan program tersebut dan menafikan dakwaan mengangkat Kak Long sebagai seorang ikon.

Kontroversi berkenaan turut menarik perhatian seorang jutawan internet yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Irfan Khairi.

Teguran jutawan berusia 45 tahun itu terhadap TV AlHijrah disampaikan dalam nada humor namun mempunyai maksud yang mendalam.

Rata-rata netizen bersetuju dengan 'teguran' yang disampaikan Irfan malah mereka berpandangan adalah lebih bermanfaat sekiranya menjemput individu yang berjaya sebagai tetamu program.

Kaklong viral

Nama Kak Long kembali jadi perbualan hangat netizen selepas tular video berlakon seperti OKU.

Meskipun dikecam teruk, Namanzee berkata AlHijrah sentiasa berlapang dada dan terbuka menerima pandangan orang ramai mengenai program terbitan mereka.

"Kita sentiasa terbuka dengan maklum balas orang ramai. Program Trending tidak diharamkan atau ditangguhkan. Episod membabitkan individu itu sahaja kita put on hold. InsyaAllah kalau waktu dah sesuai kita nilaikan semula keperluan menyiarkan episod berkenaan.

"Program Trending akan diteruskan dengan pengisian berbeza. Rancangan ini berbeza dengan program televisyen lain kerana kita mengangkat isu tular dan bagaimana seorang Muslim sepatutnya berinteraksi terhadap isu tular.

"Sebelum ini pun kita sudah mengangkat unsung heroes cuma tidak tular seperti petugas barisan hadapan, pegawai bomba dan ramai lagi. Kami berlapang dada. Apa yang disebarkan di media sosial secara tak baik itu kita ambil pengajaran," ujarnya.

Trending turut menampilkan penceramah iaitu Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki serta Pencetus Ummah (PU) Amin yang bertindak sebagai pengacara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain