suria

[VIDEO] Ruhainies kongsi video ‘one step closer’, dikejar lelaki misteri… Dari belakang netizen kata macam Zul Ariffin!

Siapa lelaki misteri dalam video Ruhainies itu?

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon Ruhainies berkongsi video memperlihatkan dia dikejar seorang jejaka misteri di laman Instagram pada malam Rabu.

Video berdurasi kurang satu minit itu juga menunjukkan Ruhainies atau nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 30, memakai inai di jari dan berlari gembira diikuti jejaka itu dari belakang.

Memakai busana bertemakan Bollywood, Ruhainies turut menulis kapsyen istimewa pada hantaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies kenal peribadi Zul Ariffin, layan baik semua orang... Harap permohonan maaf isu video panas diterima

ARTIKEL BERKAITAN: Hiburan Ruhainies tak suka kena paksa kahwin, tunggu petunjuk Allah

"A night to remember. One step closer," tulisnya.

Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah kelibat jejaka dalam video tersebut dikatakan mirip pelakon kontroversi Zul Ariffin.

Gara-gara perkongsian itu, ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada pengikut dan ada juga membuat andaian Ruhainies bakal menamatkan zaman bujang dengan Zul.

ruhainies 3

Netizen syak Zul Ariffin dalam video dimuat naik Ruhainies.

"Tahniah! Saya rasa Ruhainies kahwin dengan Zul Ariffin. Kalau betullah memang tak sangka.

"Real ke drama ni? Tengok macam Zul Ariffin dari belakang. Patutlah back up Zul hari itu.

"Macam Zul Ariffin! Tapi takkan Ruhainies nak kahwin dengan Zul. Mestilah dengan boyfriend yang tinggal di London tu.

TONTON VIDEO RUHAINIES DIKEJAR LELAKI MISTERI INI!

"Tengok sosok tubuh macam Zul Ariffin. Adakah ini gimik? Ke promote drama dia orang," antara komen netizen.

Menerusi laporan media pada 14 Mac lalu, Ruhainies memaklumkan dia akan berkongsi berita gembira mengenai perhubungannya dengan jejaka pilihan.

Kata pelakon drama Wifi Sebelah Rumah ini, dia sedang menanti waktu sesuai untuk menjawab persoalan itu.

Usaha mStar mendapatkan penjelasan lanjut daripada Ruhainies masih belum berjaya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain