suria

Selepas kena tegur Ogy kerana tinggalkan set penggambaran, Nina Smith tak rasa bersalah... Sedia jumpa depan-depan

Nina masih mahu bekerjasama dengan Ogy.

PENDATANG baharu Nina Smith memberitahu dia masih belum bertemu dengan pelakon dan penerbit Fauziah Ahmad Daud selepas isu meninggalkan set penggambaran pada Disember tahun lalu.

Biarpun menerima teguran yang agak kasar, namun Nina atau Amalina Smith masih terbuka untuk bekerjasama lagi denngan Fauziah atau mesra disapa sebagai Ogy.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditegur Ogy kerana tinggalkan set, pelakon baharu Nina Smith terpaksa ke Amerika Syarikat ziarah bapa kena strok

"Saya belum bertemu dengan kak Ogy secara berdepan. Tapi Insya-Allah kalau jumpa dia, okay saja. Kali terakhir kami berhubung waktu isu itu berlaku saja.

Nina 2

Nina tidak pernah menyesal buat keputusan tinggalkan set.

"Kalau ada peluang bekerja dengan dia pun, saya okay. Malah, kalau dia nak ajar saya berlakon lagi pun saya akan terima.

"Saya pun tak ada simpan apa-apa perasaan atau ambil hati. Sesiapa pun patut marah cuma apa yang saya buat itu, boleh dimaafkan," katanya kepada mStar.

Sebenarnya, banyak lagi tawaran yang saya dapat selepas isu itu.

NINA SMITH

PELAKON

Sebelum ini, nama Nina Smith menjadi perhatian selepas Ogy meluahkan rasa marah dengan tindakannya menarik diri daripada sebuah drama yang sedang dalam proses penggambaran.

Menjelaskan perkara itu, Nina keadaan kesihatan bapanya yang merosot akibat serangan strok membuatkan dia mengambil keputusan menarik diri daripada drama Bunga Hati terbitan Zeel Production.

Menurut pelakon berusia 22 tahun itu, keputusan itu dibuat kerana bimbang tidak sempat bertemu bapanya yang kini menetap di Amerika Syarikat (AS) buat kali terakhir.

Nina 3

Nina terima banyak tawaran selepas isu dengan Ogy.

Sementara itu, Nina berkata apa yang terjadi tidak memberi kesan buruk kepada kerjaya lakonannya malah dia banyak terima tawaran selepas apa yang berlaku.

"Sekarang ini, saya tak hirau apa yang terjadi... past is past. Sebenarnya, banyak lagi tawaran yang saya dapat selepas isu itu.

"Apa yang saya buat bukannya sesuatu yang jahat, saya hanya pergi berjumpa bapa saya. Malah, saya tak rasa menyesal pun. Saya memang patut buat apa yang saya buat.

"Ada la segelintir pihak takut nak ambil saya bekerja, tapi Alhamdulillah, saya dikelilingi dengan orang-orang yang percaya bakat saya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain