suria

Zul Ariffin hadir ke SKMM, dua jam beri keterangan isu klip aksi ghairah

Zul selesai memberi keterangan di pejabat SKMM.

SUSULAN kes memuat naik video aksi ghairah lakonannya dalam drama berjudul Perempuan Itu, pelakon Zul Ariffin hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberi keterangan.

Zul dikatakan tiba dipejabat tersebut sekitar pukul 10 pagi Selasa dan selesai memberi keterangan selepas kira-kira dua jam kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah kongsi aksi lucah di IG, Zul Ariffin bakal disiasat... Annuar Musa larang babak panas tayang di TV

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin mohon maaf kongsi video aksi ghairah, janji teliti bahan promosi sebelum ‘upload’

Menerusi perkongsian di IG Story miliknya, aktor itu memaklumkan dia sudah memberi kerjasama sepenuhnya berhubung kes tersebut.

“Hari ini saya sudah memberikan kerjasama penuh kepada pihak SKMM berhubung siasatan penerbitan drama bertajuk Perempuan Itu,” ujarnya.

Video aksi panas lakonan Zul bersama pelakon Siti Hariesa yang dimuat naik pada Jumaat lepas menerima kecaman teruk peminat dan turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

zul ipin 1

Zul sudah memohon maaf dan berjanji lebih berhati-hati

Dalam satu hantaran di laman Twitter pagi Selasa, Annuar memberitahu perkongsian pelakon tersebut menyalahi undang-undang dan menegaskan adegan berkenaan dilarang untuk tayangan televisyen.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Zul bagaimanapun telah memadamkan rakaman video tersebut dan memohon maaf secara terbuka pada Isnin.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan daripada tindakan memuat naik video berkenaan.

“Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain