suria

Rupa-rupanya belum habis lagi kisah Vida, Iqbal! Geram muka kena pangkah dalam MV... Dedah rahsia cincin permata RM100,000

Vida tuju lagu dan MV untuk Iqbal.

KONFLIK membabitkan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli memasuki episod baharu apabila kali ini jejaka berusia 27 tahun itu mendakwa lagu dan video muzik (MV) Ku Ikhlaskan ditujukan kepadanya.

Tampil menjawab beberapa persoalan netizen itu, Iqbal mendedahkan Vida mengakui MV lagu berkenaan mempunyai kaitan tentang hubungan cinta tidak kesampaian mereka dahulu.

"Ramai yang tanya, adakah saya rasa lagu Ku Ikhlaskan nyanyian Datuk Seri Vida ditujukan untuk saya? Ya! Dari awal beliau beritahu begitu dan di saat pertama lagu itu, kalau perasan muka yang dipangkah dalam gambar atas meja itu adalah muka saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Vida seperti ‘makan cili rasa pedas’ tonton MV lagu Iqbal, tuduh lapar publisiti

ARTIKEL BERKAITAN: Takut orang berharap gaji jadi PA Vida RM10,000, Iqbal tunjuk bukti hanya dibayar RM2,000

"Cerita di sebalik cincin ini sebenarnya begini... dulu DSV selalu mahu berikan saya hadiah. Seperti jam, beg, pakaian yang berharga ratusan ribu tetapi tidak pernah sekali saya terima kerana saya mahu jaga hati staf-staf lain yang sudah lama bekerja. Lagipun saya tidak mahu berhutang budi dan disalah anggap saya mahu harta orang.

"Saya tak pernah terima apa pun barangan dari DSV. Saya selalu bagi hadiah barangan berharga kepada beliau. Banyak orang tak tahu. Apa yang orang tahu cuma hadiah beg bernilai RM30,000 sahaja yang saya berikan," katanya.

iqbal 1

Iqbal tulis luahan di Insastory.

Iqbal mendedahkan mengenai perkara itu menerusi Instastory pada Selasa.

Dalam MV berkenaan, terdapat satu babak Vida merenung beberapa foto yang dipangkah termasuklah foto Iqbal.

Kami sering bercakap tentang permata itu bertahun-tahun, berkali-kali beliau beritahu ingin hadiahkan kepada saya!

IQBAL

USAHAWAN

Selain itu, aksi Vida memulangkan cincin bertatahkan batu permata kepada pelakon MV berkenaan iaitu Qush turut mempunyai kaitan dengan penyanyi lagu Hujan itu.

Berkongsi mengenai cincin permata berkenaan, Iqbal berkata DSV mendesaknya menerima barang berharga itu kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.

iqbal 1

Babak yang dikatakan ditujukan kepada Iqbal dalam MV lagu Ku Ikhlaskan.

"Tiga tahun lalu, beliau mahu beri permata tersebut untuk banggakan kepada orang ramai bahawa ini pemberiannya supaya setiap kali saya bersiaran di TV orang boleh nampak, lagi pun itu ada nilai tinggi.

"Kami sering bercakap tentang permata itu bertahun-tahun, berkali-kali beliau beritahu ingin hadiahkan kepada saya. Saya kecil hati kerana setiap apa yang beliau minta saya boleh tunaikan dalam sehari sahaja, tetapi beliau tidak pun serius untuk saya.

"Jam tiga pagi beliau datang rumah saya beliau kata... kalau awak tidak sanggup berkahwin dengan saya pun, terimalah permata ini untuk tebus kesilapan saya. Saya masih ingat ayat yang beliau sebut... sebagai orang yang pernah awak sayang dalam hidup awak.

"Permata tersebut memang mahal, anggaran harga RM100,000 ke atas. Beliau tak pernah tunjuk kepada orang lain selain saya dan anak-anak. tetapi bukan kerana mahalnya permata itu, saya mampu beli sendiri." ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain