suria

Dikenali sebagai penyanyi, Wanna Ali kini fokus berlakon sahaja... Enggan buat lagu ikut selera pendengar Malaysia

Wanna lebih seronok berlakon berbanding menyanyi.

MULA bertapak dalam industri seni sebagai penyanyi, Wanna Ali bagaimanapun akui genre pilihannya iaitu R&B dan jazz sukar mendapat tempat dalam kalangan peminat.

Kata Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali, 25, dia tidak mahu menghasilkan lagu hanya sekadar untuk memenuhi pasaran muzik di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanna Ali takut dihimpit sebab nak ‘job’ daripada ibu - “Sesetengah orang dalam industri ini macam fake!”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanna Ali jumpa 'chemistry' dengan PU Riz dalam 'Ada Apa Dengan Dosa' - “Dia berilmu, ada latar belakang agama!”

“Dalam kerjaya nyanyian, saya ada pilihan genre sendiri. Saya lebih suka muzik R&B dan jazz.

“Saya tak mahu keluarkan lagu hanya sekadar untuk memenuhi pasaran muzik di Malaysia.

“Rasanya genre pilihan saya kurang mendapat sambutan dalam kalangan pendengar kita,” katanya kepada mStar.

keith 2

Wanna dan Keith dalam filem Autumn In Wales

Disebabkan itu Wanna yang pernah popular dengan lagu Lepaskan lebih memilih untuk aktif di bidang lakonan.

Malah apabila semakin banyak menerima tawaran berlakon, Wanna sedar ia adalah jalan terbaik untuk kerjaya seninya.

“Apabila semakin meningkat dewasa, kita lebih tahu arah tujuan dalam hidup.

“Rezeki saya lebih kepada dunia lakonan dan saya akan teruskan,” ujarnya.

Rasanya genre pilihan saya kurang mendapat sambutan dalam kalangan pendengar kita

WANNA ALI

PELAKON/PENYANYI

Wanna bagaimanapun tampil dengan lagu baharu berjudul Pandu Lalu yang menjadi runut bunyi (OST) filem berjudul Autumn In Wales.

“Saya rakamkan lagu tesebut sebab dari awal memang tiada OST untuk filem Autumn In Wales.

“Ia adalah single baharu untuk tujuan OST dan harap boleh mendapat tempat di hati peminat,” ujarnya.

Filem Autumn In Wales yang turut menampilkan Wanna sebagai pelakon bakal ditayangkan bermula 24 Mac ini di Astro First.

Selain Wanna, pelakon lain yang turut terlibat adalah Eyka Farhana, Jaa Suzuran dan Keith Foo.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain