suria

Wanna Ali takut dihimpit sebab nak ‘job’ daripada ibu - “Sesetengah orang dalam industri ini macam fake!”

Wanna menyedari ada segelintir orang dalam industri seni gemar ambil kesempatan.

MENJADI anak kepada pemilik Pencil Pictures & Record Sdn Bhd dan penerbit Datuk Normashayu Puteh atau Ayu Puteh tidak memberi kelebihan kepada pelakon Wanna Ali untuk berada dalam industri seni.

Ujar Wanna atau Nor Syazwana Mohd Ali, 23, dia mahu mengelak dikenali sebagai anak penerbit kerana menyedari ada segelintir pihak yang mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan 'job' daripadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem 'Ada Apa Dengan Dosa' dijual 80 sen, penerbit Ayu Puteh saman laman e-dagang

"Kalau pergi mana-mana, saya tak suka orang tahu yang ibu saya seorang penerbit. Sebab sesetengah orang dalam industri ini macam fake.

Sebenarnya saya tak naklah terlalu fokus soal bercinta.

WANNA ALI

PELAKON

"Apabila dia tahu ibu kita seorang penerbit... nanti mula la cuba nak ambil kesempatan sebab nak job. Saya sedar ada pihak yang akan tiba-tiba baik dengan saya sebab tahu saya ini anak penerbit.

"Sebab itu saya tak mahu terlalu berkongsi mengenai keluarga kepada umum. Kalau ada yang tahu... tahu la," kata Wanna kepada mStar.

Pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu ditemui di karnival makan Havoc 3.0 yang diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Dalam pada itu berkongsi mengenai kehidupan peribadi, Wanna yang juga seorang penyanyi mengakui dia sudah berpisah dengan bekas kekasih ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Wanna dan ibunya yang juga penerbit Ayu Puteh.

Bagaimanapun Wanna memberitahu dia kini tidak mahu memikirkan soal cinta kerana keutamaannya hanya kepada kerjaya seni.

"Saya pun baru saja putus cinta masa dalam tempoh PKP. Punca berpisah itu bukan sebab orang ketiga tapi kami masing-masing berhak untuk dapatkan orang yang lebih baik.

"Jadi sekarang saya masih single dan ada juga berkawan cuma masih dalam proses mengenali satu sama lain. Sebenarnya saya tak naklah terlalu fokus soal bercinta.

"Nak beri tumpuan kepada kerjaya seni saya dan kalau jumpa seseorang yang ditakdirkan jodoh, nak terus kahwin saja. Tak nak bercinta," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain