suria

Zul Ariffin mohon maaf kongsi video aksi ghairah, janji teliti bahan promosi sebelum ‘upload’

Zul Ariffin mohon maaf dan akan lebih berhati-hati

SELEPAS teruk dikecam gara-gara membangkitkan kemarahan ramai dengan klip aksi panas, pelakon Zul Ariffin akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya dari awal Erma Fatima tak senang babak panas Zul Ariffin... Umie Aida dedah cerita sebenar

Zul, 35, berkata, dia akan lebih berhati-hati memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk tujuan promosi.

“Dengan hati terbuka saya ambil maklum di atas respons daripada banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.

zul menteri 3Zul Ariffin teruk dikecam muat naik video berunsur lucah.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan daripada tindakan memuat naik video berkenaan.

“Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak ghairah dalam drama lakonannya berjudul Perempuan Itu di platform berkenaan.

Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan daripada tindakan memuat naik video berkenaan.

ZUL ARIFFIN

PELAKON

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Bagaimanapun, pengarahnya iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen dan hanya untuk tujuan publisiti.

Zul Ariffin 2Zul Ariffin terima teguran daripada semua pihak.

Klip video berdurasi kira-kira satu minit itu turut menerima respons Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Idris Ahmad yang mengakui bimbang jika hiburan yang dipersembahkan kepada penonton itu melampaui batas.

Dia juga akan menghubungi pihak yang terlibat untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini ditegah dan diubah dengan hikmah.

Sementara itu, TV3 dalam satu kenyataan memandang serius dan mengambil berat suara ramai mangerai petikan adegan dalam drama Perempuan Itu.

Malah babak panas itu tiada dalam perbincangan atau mendapatkan kelulusan daripada pihak stesen tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain