suria

Vida tak tunggang agama, niat murni ajak orang menderma... Rimas layan Iqbal sibuk menyelit tumpang glamor

Vida jawab beberapa persoalan mengenai MV terbaharunya.

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida menafikan dakwaan kononnya dia menggunakan sentimen agama bagi menyiapkan pusat tahfiz dengan mengajak orang ramai menonton video muzik (MV) lagu terbaharunya berjudul Ku Ikhlaskan.

Menurut Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 51, niatnya menganjurkan program amal sambil berhibur itu adalah untuk menggalakkan orang ramai menyumbang dan bersama-sama mengumpul pahala akhirat.

"Menunggang agama apa? Ini sebahagian kerja amal kami, apalah salah sambil menonton MV kita ajak orang ramai menderma dengan hulurkan sedikit sumbangan ke nombor akaun yang saya nyatakan. Sambil berhibur, kalau boleh hulurkan la sikit untuk pahala. InsyaAllah duit yang kita dapat daripada jumlah tontonan YouTube itu pun nanti kita akan sumbangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kos MV RM400,000 dah boleh siapkan pusat tahfiz! Shahrulezad tegur niat Vida guna agama raih ‘view’

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya belum habis lagi kisah Vida, Iqbal! Geram muka kena pangkah dalam MV... Dedah rahsia cincin permata RM100,000

"Ada juga cakap kenapa saya tak bagi sumbangan RM400,000 secara terus kepada mereka? Sejujurnya sebelum ini saya dah buat seorang diri, dah banyak sumbangan saya bagi, jadi tak salah sekarang ini saya nak ajak orang lain berjemaah sekali.

"Saya dah bagi bahagian saya, jadi saya buka peluang untuk orang lain juga. Bagilah berapa pun nak menderma, yang penting niat kita. Kalau boleh kita letak sasaran nak kumpul sumbangan lebih dari kos MV. Tapi alahai sampai sekarang ni baru berjaya kumpul RM1,300 sahaja!

"Saya tak kisahlah orang nak cakap apa pun sebab kita buat MV ni dengan niat baik. Saya juga mahu sampaikan mesej positif kepada penonton. Kalau kita ikhlaskan diri, pasti jiwa kita akan tenang," katanya ketika di hubungi mStar.

Vida rimas Iqbal sibuk menyelit tumpang glamor.

Vida rimas Iqbal tumpang glamor.

Sebelum ini tindakan Vida mengajak orang ramai mengumpul saham akhirat dengan menonton MV lagu berkenaan mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak termasuklah pendakwah bebas PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak.

Kata PU Syed, Vida tidak boleh menjadi seperti Robin Hood yang melakukan perkara kebaikan dengan cara yang tidak betul.

Ujarnya, MV Ku Ikhlasan mengandungi unsur maksiat dan mengajak orang ramai menontonnya adalah salah.

Saya pun tak tahu ada foto dia sebab itu semua disediakan oleh budak prop... tajam pula mata dia tengok sedangkan saya pun tak perasan.

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN

Difahamkan Vida mahu mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak.

Dalam pada itu, Vida turut menjawab dakwaan bekas pembantu peribadinya iaitu Ahmad Iqbal Zulkifli kononnya MV berkenaan ditujukan kepadanya.

"Tak ada kena mengena dengan dia... serabutlah saya! Sekarang ni dah sendu mulalah nak kaitkan nama saya. Saya dah malas nak layan dia, kalau dilayan makin menjadi nanti.

Datuk Seri Vida's latest viral video features eight extravagant costumes. Photos: Behati

MV lagu baharu Vida dikecam tunggang agama.

"Fasal gambar dia dalam MV tu, saya pun tak tahu ada foto dia sebab itu semua disediakan oleh budak prop. Tajam pula mata dia tengok sedangkan saya pun tak perasan.

"Malaslah saya nak fikir apa kata dia... ini namanya sumpahan tak boleh popular, apabila dah popular mulalah lupa diri, asyik berbunyi sahaja sebab sekarang pun dah sendukan?" ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada Selasa, Iqbal mendakwa lagu dan video muzik (MV) Ku Ikhlaskan ditujukan kepadanya dan mempunyai kaitan tentang hubungan cinta tidak kesampaian mereka dahulu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Tun Daim meninggal dunia