suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hafiz Suip kembali bergelar suami

Hafiz kembali bergelar suami.

PENYANYI Hafiz Suip kembali sah bergelar suami kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Fiona Saffiyya. 

Berita gembira itu dikongsikan melalui sesi siaran langsung di halaman Facebook miliknya pada petang Jumaat. 

Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, sah bergelar suami kepada Fiona dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di sebuah dewan di Petrajaya Kuching, Sarawak. 

Pada majlis tersebut, Hafiz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM120. 

Hafiz sah bergelar suami dengan sekali lafaz. 

Menurut penata gaya Kherry Mazelan majlis tersebut dibuat secara tertutup itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat. 

"Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz mereka sah bergelar sebagai suami isteri," katanya ketika dihubungi mStar. 

Kherry bertanggungjawab menjadi penata gaya untuk Hafiz dalam majlis tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip, Nureffy Jasreel sah cerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip mengaku dalam proses bercerai, sedia lepaskan isteri cara baik

Untuk info, Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan Nureffy Jasreel pada 2016 dan sah bercerai pada Mei tahun lalu. 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 9 dan Muhammad Alkaf Zayne, 6. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain