PENYANYI Kayda Aziz selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Syafiq. Menerusi perkongsian beberapa rakan artis, majlis pernikahan pasangan itu dipercayai berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin. Pengacara dan penyanyi Hunny Madu dalam satu video yang dimuat naik turut berkongsi detik gembira meraikan hari bahagia anak kepada penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid itu. Kayda kini sah bergelar isteri. Sementara itu penyanyi asal Indonesia iaitu Afgan turut hadir dan bergambar bersama pengantin. Dalam foto tersebut Afgan dilihat merakamkan kenangan bersama pengantin dan Sheila. Sheila atau Shahueila Abdul Majid, 61, sebelum itu juga dilihat berkongsi video anaknya diraikan dalam majlis khatam al-Quran sebelum dinikahkan. ARTIKEL BERKAITAN: Kayda Aziz selamat bertunang, Sheila Majid kongsi kegembiraan ARTIKEL BERKAITAN: Pablo Amirul sah bergelar suami Dr Hana RosePada Jun tahun lalu Sheila memuat naik gambar majlis bertunangan anaknya bersama Syafiq. Untuk rekod Kayda merupakan anak sulung Sheila hasil perkahwinan pertamanya bersama komposer Roslan Aziz.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube