suria

Diana Danielle kongsi keadaan anak alami lumpuh muka secara tiba-tiba… “Terdapat beberapa perkataan Muhammad tidak dapat sebut”

Diana (kanan) berkongsi keadaan terkini Muhammad.

PELAKON Diana Danielle berkongsi keadaan anaknya, Muhammad yang mengalami lumpuh muka atau facial paralysis secara tiba-tiba selepas diserang demam virus.

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 35, memaklumkan doktor mengesyaki keadaan tersebut berpunca sama ada daripada Guillain-Barré Syndrome (GBS) atau Bell’s Palsy.

Menurutnya, Muhammad telah menjalani pemeriksaan menyeluruh oleh beberapa pakar termasuk pakar neurologi, pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) serta pasukan perubatan lain bagi mendapatkan diagnosis yang tepat.

"Demam virus menyebabkan doktor mengesyaki sama ada Muhammad mengalami GBS atau Bell’s Palsy. Lumpuh muka berlaku secara tiba-tiba pada petang itu. 

Perkongsian Diana di Instastory miliknya.

Perkongsian Diana di Instastory miliknya.

"Dia  (Muhammad) telah diperiksa oleh pakar neurologi, pakar ENT dan pasukan perubatan, masing-masing memberikan pandangan mereka. 

"Kini dia sedang mengambil steroid dan tidak lama lagi kami akan membuat temujanji untuk MRI," katanya. 

Diana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya pada Isnin. 

Dalam pada itu, Diana memaklumkan Muhammad telah dibenarkan keluar dari hospital dan menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Zaman saya ke KLCC pun dah seronok” - Diana Danielle terkedu lawatan sekolah anak ke Switzerland

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Muat naik video bersama lelaki, Diana Danielle belum sedia komen… “Nanti saya umum kalau sudah tiba waktu”

Mengakui bulan Januari sebagai tempoh yang sangat mencabar buat keluarganya, Diana berkata kini fokus utamanya adalah terhadap proses pemulihan anaknya itu.

"Muhammad dibenarkan keluar hospital semalam dan menunjukkan tanda-tanda pemulihan, jadi mohon doakan agar keadaannya terus bertambah baik.

"Sepanjang bulan Januari sangat mencabar, tetapi kami bersyukur dapat pulang ke rumah sekarang.Kini kami hanya menumpukan perhatian untuk mengaktifkan semula saraf muka Muhammad.

"Terdapat beberapa perkataan yang Muhammad tidak dapat sebut seperti M, B dan P, jadi kami perlu terus melakukan latihan ini," ujarnya. 

Diana kini mahu fokus kepada pemulihan Muhammad.

Diana kini mahu fokus kepada pemulihan Muhammad.

Untuk rekod, Diana sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon Farid Kamil pada 3 November 2012. 

Pasangan ini kemudian bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah. 

Pun begitu, mahligai rumah tangga Diana dan Farid sekali lagi berakhir dengan penceraian pada 24 Mac 2025. 

Selain Muhammad, pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan iaitu Aurora yang kini berusia 10 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain