suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahniah! Izara Aishah hamil anak ketiga

Izara bakal sambut cahaya mata ketiga.

PELAKON Izara Aishah dikhabarkan kini sedang hamil anak ketiga. 

Berita gembira itu dikongsi oleh sebuah jenama fesyen yang memuat naik gambar koleksi terbaharu pakaian hasil kerjasama dengan pelakon berkenaan. 

"Izara kini sedang hamil anak nombor 3. Tahniah. 

Izara bersama dua orang anaknya. 

"Kolaborasi tahun ini sangat istimewa kerana kita dapat muse yang hamil," jelas satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram jenama Shawl Publika. 

Perkongsian tersebut juga memberi bayangan buat semua ibu yang sedang hamil agar tidak risau untuk bergaya sempena sambutan Aidilfitri akan datang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sedang sesuaikan diri, Izara Aishah rancang tambah anak dua tahun lagi - “Yang kedua buas betul” 

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah ‘belanja’ wajah anak kedua selepas 3 bulan bersalin, peminat tak sabar tunggu umum nama pula

"Ini membuktikan semua ibu-ibu jangan risau, walaupun hamil tetapi boleh muat dan cantik di pagi raya," ujarnya. 

Untuk rekod Izara atau Izara Aishah Hisham, 34, mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017. 

Mereka dikurniakan duia orang cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain