suria

Eizlan Yusof timang anak perempuan pada usia 54 tahun, pilih nama Zareen Rosa

Eizlan (kiri) timang cahaya mata kedua bersama Natasha.

ISTERI kepada pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof iaitu Datin Seri Natasha Rosa Boudville selamat melahirkan cahaya mata perempuan kedua di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya. 

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Eizlan atau Idris Md Yusof, 54, yang memberi nama puteri mereka sebagai Zareen Rosa.

"Assalamualaikum dan syukur kepada Allah atas segala limpah kurnian-Nya," katanya. 

Eizlan (dua dari kiri) bersama isteri sebelum melahirkan anak kedua.

Eizlan (dua dari kiri) bersama isteri sebelum melahirkan anak kedua.

Eizlan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad. 

Dalam hantaran tersebut, Eizlan turut memuat naik foto dia bersama bayi yang ditutup wajahnya dengan emoji hati. 

Malah sebelum itu, Eizlan sempat merakamkan foto bersama isteri dan doktor yang merawat. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Yang penting boleh kerja untuk rakyat!” - Eizlan Yusof bidas pandangan artis tak layak jadi ahli parlimen

ARTIKEL BERKAITAN: Kalah PRU15 bersama Pejuang, Eizlan Yusof bakal sertai PAS pula

Untuk rekod, Eizlan mendirikan rumah tangga dengan Natasha Rosa pada 12 Disember 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Zaelynn Rosa yang kini berusia lima tahun. 

Untuk rekod Eizlan pernah bernikah dengan Vie Shantie Haroon Khan pada 7 Julai 2007. 

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof, dan Vie Zaalia sebelum bercerai pada 28 September 2014.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain