suria

Ramai melenting tak setuju intro lagu Indah Percintaan ada dalam single Erika Foo, Axtin… “Selagi Tokti hidup tak perlu lagu dia dibaharukan”

Lagu Indahnya nyanyian Erika (kiri) dan Axtin menerima pelbagai reaksi netizen.

PENGGUNAAN intro lagu popular 'Indahnya Percintaan' nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam lagu baharu 'Indahnya' dendangan Erika Foo dan Axtin mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat setia Biduanita Negara itu.

Sejak teaser rasmi lagu berkenaan dimuat naik di TikTok milik Suria Records (SRC), syarikat rakaman itu menerima pelbagai komen negatif daripada netizen yang mempertikaikan keputusan memberi nafas baharu kepada lagu ikonik tersebut. 

Rata-rata menyifatkan lagu-lagu nyanyian Siti tidak wajar diubah atau dinyanyikan semula oleh penyanyi lain. 

Antara komen-komen netizen di media sosial.

Antara komen-komen netizen di media sosial.

“Mana-mana lagu TokTi tak boleh diubah. Kena versi original juga. Bunyi buruk. Titik!

“Takkanlah SRC sanggup rosakkan lagu anak emas yang sudah bagi berjuta keuntungan. Tolong cancel release lagu ini," komen pengguna TikTok. 

Malah, ada yang menegaskan hanya Siti mampu menyampaikan lagu tersebut dengan sempurna dan berpendapat lagu-lagu nyanyiannya tidak perlu diberi nafas baharu selagi beliau masih aktif dalam industri seni. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lambang perjalanan kerjaya seni, menyanyi atas kren kenangan indah buat Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN: Belanja pelajar sekolah rendah makan, tindakan spontan Siti Nurhaliza dipuji... “Panjang lagi legasi peminat beliau kalau begini”

“Lagu TokTi hanya dia sahaja boleh nyanyikan dengan baik. 

“Selagi TokTi hidup tak perlu lagu dia dibaharukan," luah netizen. 

Untuk info, lagu Indahnya Percintaan merupakan single yang dimuatkan dalam album Safa dan dikeluarkan pada tahun 2001 oleh Suria Records Sdn. Bhd.

Indah Percintaan yang ditulis dan digubah oleh Nyzar serta M. Zulkifli merupakan antara lagu balada yang diminati peminat muzik Melayu pada awal tahun 2000‑an.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain