PELAKON Pablo Amirul meluahkan rasa syukur apabila selamat bergelar suami kepada Dr Hana Rose yang sebelum ini memegang status sebagai ibu tunggal. Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 41, berkata, perkahwinan yang dibina adalah satu ketentuan Ilahi dan dia reda dengan setiap aturan yang telah ditetapkan oleh Allah dalam kehidupannya. Katanya lagi, dia juga bersedia memikul tanggungjawab sebagai bapa tiri. “Sudah tertulis jodoh saya dengan Dr Hana. Seperti pasangan lain yang baru berkahwin, saya terima aturan yang ditetapkan oleh Allah. Pablo (dua dari kiri) sah bergelar suami dengan sekali lafaz.“Kalau memang takdir saya menjadi seorang bapa (bapa tiri), saya terima. “Setiap hari saya berdoa nak ada keluarga sendiri. Ini pun rezeki (anak tiri) dan menerima perubahan dalam fasa kehidupan saya,” katanya kepada mStar.Mengulas mengenai perjalanannya menuju alam perkahwinan, Pablo tidak dapat menahan sebak mengenangkan pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh sebelum disatukan sebagai suami isteri.“Saya menitiskan air mata kerana mengenangkan halangan yang perlu ditempuh sebelum majlis pernikahan ini. ARTIKEL BERKAITAN: Pablo Amirul sah bergelar suami Dr Hana RoseARTIKEL BERKAITAN: Pelamin nikah terbakar, Pablo Amirul selamba ketawa… “Kalau meletup saya selamatkan isteri dulu”“Alhamdulillah jodoh sudah tertulis kami disatukan (nikah) hari ini. Akhirnya saya kini bergelar suami orang. “Tangisan ini adalah tanda kegembiraan dan bersyukur kerana Allah beri jodoh yang baik,” ujarnya. Kalau memang takdir saya menjadi seorang bapa (bapa tiri), saya terima. PABLO AMIRULPELAKONSementara itu, Dr Hana atau nama sebenarnya Hanis Farhana Hasrul Sani turut berkongsi pandangannya sebagai seorang ibu tunggal yang memilih untuk berkahwin lagi. Tidak berkongsi lanjut mengenai perkahwinan terdahulu, Dr Hana memberitahu Pablo memiliki ciri istimewa selain dapat menyayangi anaknya, Ariana Rose. “Sebagai ibu tunggal, memang akan memilih calon suami yang menyayangi anak saya dahulu. Pablo (kiri) memeluk anak tirinya, Ariana.“Pablo memiliki ciri-ciri yang sangat istimewa sebab itu saya sayang kepadanya. “Walaupun muka ‘ganas’ tetapi dia mempunyai hati yang baik,” katanya.Pada Isnin, Pablo Amirul sah bergelar suami kepada Dr Hana Rose dengan sekali lafaz kira-kira pukul 12.30 tengah hari.Majlis pernikahan pasangan ini diraikan bersama keluarga dan sahabat handai di The Dove Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!