PERSONALITI media sosial, Haqiem Stopa menegaskan pendiriannya untuk tidak menghasilkan sebarang kandungan yang boleh mengundang fitnah atau salah faham demi meraih publisiti serta simpati orang ramai.Menurut Haqiem atau Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, dia tidak melihat keperluan untuk menulis kapsyen atau berkongsi kandungan yang menyentuh isu sensitif terutamanya melibatkan hal peribadi sebagai satu strategi pemasaran. Katanya, fokus utamanya kini adalah untuk membangunkan perniagaan secara ikhlas dengan menggunakan kaedah pemasaran yang betul dan beretika. “Saya juga tidak perlu menulis apa-apa kapsyen atau content yang boleh mendatangkan fitnah atau seangkatan dengannya demi publisiti dan simpati daripada semua orang.“Saya nak berniaga secara ikhlas. Saya nak gunakan marketing cara yang betul untuk menaikkan bisnes tanpa sentuh apa-apa isu,” katanya. Haqiem berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. Dalam pada itu, Haqiem memberitahu dia memilih untuk menyelesaikan segala hal peribadi secara tertutup tanpa melibatkan perhatian umum.“Saya tak mahu menulis tentang hal-hal berkait peribadi atau sewaktu dengannya. Jika saya ada masalah peribadi, saya akan uruskan secara peribadi. Tidak akan sesekali saya menulis di semua platform bagi semua orang tahu,” ujarnya.Sebelum ini, Haqiem terpalit dengan kontroversi rumah tangga bersama bekas isteri Aireena. Aireena tampil memfailkan permohonan cerai terhadap Haqiem pada 4 November 2025. Kemelut rumah tangga mereka didakwa melibatkan orang ketiga selepas Aireena menerusi hantaran di Threads mendakwa Haqiem telah berlaku curang. Mereka bagaimanapun sah bercerai talak satu pada 13 Januari lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Stopa sah bercerai talak satuARTIKEL BERKAITAN: Sedia buat sumpah laknat… Haqiem Stopa akui berada dalam rumah dengan remaja 18 tahun, tapi tidak lakukan perbuatan ‘jijik’Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!