SELEPAS 25 tahun berpisah, penyanyi Datuk Sheila Majid tidak pernah memburukkan bekas suaminya yang juga komposer Roslan Aziz kepada dua cahaya mata mereka.
Kata Sheila atau Shahiela Abdul Majid, 60, isu rumah tangga yang berlaku pada ketika itu hanya melibatkan dia dan bekas suami yang langsung tiada kaitan dengan anak-anak.
Kongsinya, dia sering mengingatkan anak-anaknya iaitu Kayda dan Megat Abdul Majid untuk tidak mencampuri masalah ibu dan ayah sebaliknya harus terus menghormati bapa mereka.
Sheila berkongsi cerita di Kita-Kita Aje! podcast.
"Saya beritahu anak-anak dengan baik, saya cakap dengan mereka itu adalah bapa awak. Saya tidak pernah mengajar anak saya untuk menentang bapa sendiri.
"Awak suka ke kalau orang cakap buruk fasal bapa awak? Isu rumah tangga hanya berkenaan saya dan bekas suami, bukan antara anak-anak.
"Itu paling penting, saya beritahu mereka jangan masuk campur. Layan saya seperti ibu dan layan bekas suami saya seperti bapa mereka," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kayda Aziz selamat bertunang, Sheila Majid kongsi kegembiraan
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai rakan cemburu kolaborasi Diskoria dan Sheila Majid, bawa tema 80-an untuk konsert di KL
Sheila berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual audio siar Kita-Kita Aje! yang dimuat naik di YouTube.
Menurut Sheila, sejak anak-anaknya masih kecil dia sudah menerapkan nilai-nilai murni termasuk adab dan rasa hormat kepada orang tua terutama ibu bapa.
Tambah penyanyi lagu Ku Mohon ini, Kayda dan Megat masih menjalinkan hubungan baik dengan Roslan tambah pula dalam keadaan Roslan yang kini menghidap kanser limfoma.
"Itu yang saya terapkan kepada anak-anak saya tentang adab, karakter, agama, hormat dan sopan santun. Sekarang ini, di media sosial semuanya bercakap fasal hak, itu yang huru-hara dibuatnya.
"Sekarang ini mereka sudah dewasa, boleh fikir dan lihat mereka sendiri akan tahu tak perlu nak 'cucuk-cucuk' (burukkan) daripada mereka kecil. Biarkan semua berlalu dengan natural sahaja.
"Anak-anak sampai sekarang masih berjumpa dengan bapa mereka. Hari-hari datang jenguk ayah mereka di Keramat," ujarnya.
Kayda (kiri) merupakan anak perempuan Sheila hasil perkongsian hidup bersama Roslan.
Untuk rekod, Sheila pernah mendirikan rumah tangga bersama Roslan pada 1989 sebelum bercerai pada 2000.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kayda dan Megat Abdul Majid.
Sheila kemudiannya bernikah dengan komposer Datuk Hashridz Murshim Hassim atau lebih dikenali sebagai Acis pada 2003.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen dan Khalifa Laila.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube