suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jarang dengar bangun balik” - Petugas ICU perbetul salah faham prosedur ‘ditidurkan’, kaedah penting pastikan pesakit terus bernafas

Salah faham mengenai prosedur menidurkan pesakit yang dirawat di ICU masih diulang-ulang termasuk di media sosial. -Gambar hiasan

ISTILAH ditidurkan sering kali mengundang rasa cemas dan gerun dalam kalangan ahli keluarga pesakit sekiranya perkara itu dicadangkan oleh pihak doktor.

Malah wujud kepercayaan dalam kalangan masyarakat bahawa prosedur itu merupakan petanda awal nyawa seseorang pesakit sudah berada di penghujung.

Sentimen sama turut diulang-ulang di media sosial oleh segelintir warganet yang masih memegang kepercayaan tersebut.

"Bila doktor dah mula cakap nak tidurkan pesakit, itu maksudnya nyawa kau bakal berakhir. Siapa ada pengalaman macam ini?

"Jaranglah dengar selepas ditidurkan boleh bangun balik," tulis individu berkenaan menerusi satu hantaran yang tular di media sosial.

Prosedur menidurkan pesakit mempunyai asas dan sebab perubatan yang kukuh. -Gambar hiasan

Enggan terus membiarkan persepsi negatif itu terus menakutkan orang awam, seorang petugas di Unit Rawatan Rapi (ICU) dikenali sebagai Wan Izzati Wan Noor tampil memperbetulkan tanggapan tersebut.

Berkongsi pengalaman melebihi 10 tahun bertugas di ICU, Wan Izzati menjelaskan pemberian ubat sedasi (ubat tidur) dan pengendur otot (muscle relaxants) dilakukan atas sebab perubatan kukuh dan bukan dibuat secara semberono.

"Ada sebab kukuh kenapa pesakit ditidurkan, bukan saja-saja mengada-ada nak menidurkan mereka.

"Fikirkan, takkanlah nak bedah perut hentikan pendarahan, pembedahan pintasan jantung atau sambung tulang patah pesakit akan dibedah hidup-hidup?

"Mestilah kena bagi tidur dulu. Kalau tak, terhiris kulit dengan pisau bedah sikit pun dah sakit menggelupur," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bergelut nyawa sampai masuk ICU, wanita kecewa keluarga tak tanya khabar... Siap sembang hal cuti dalam grup WhatsApp

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor Bantu Keluarkan Pesakit Terperangkap Di Wad ICU

Tambah Wan Izzati, prosedur menidurkan pesakit juga amat penting apabila melibatkan pemasangan tiub pernafasan (Endotracheal tube atau ETT) bagi mereka yang mengalami kesukaran bernafas sehingga tahap keasidan darah meningkat.   

Katanya, langkah itu diambil bagi memudahkan prosedur dijalankan tanpa membuatkan pesakit menderita kesakitan, selain membantu memulihkan semula keasidan darah mereka.   

Menyangkal dakwaan pesakit yang ditidurkan jarang kembali pulih, dia memberitahu ramai pesakit di bawah jagaannya berjaya diselamatkan menerusi kaedah tersebut.   

"Pesakit kami ramai yang rasa syukur, malah berterima kasih kepada staf kerana asbab selamatkan nyawa mereka sepanjang ditidurkan.

"Di ICU nak selamatkan nyawa seorang pesakit, satu pasukan akan turun padang sampai tak cukup tanah berlari ke sana sini lakukan resusitasi, bagging oksigen, sediakan dan beri ubat.

  • Anggapan bahawa pesakit ditidurkan bermaksud nyawa bakal berakhir adalah tidak benar.
  • Pesakit ditidurkan supaya mereka tidak menanggung kesakitan melampau semasa pembedahan kritikal dijalankan.
  • Langkah ini memudahkan pemasangan tiub pernafasan bagi individu yang mengalami masalah sesak nafas yang teruk.
  • Kes kematian selepas ditidurkan disebabkan oleh keadaan pesakit yang sudah sedia kritikal, bukannya akibat prosedur tersebut.
  • Kaedah rawatan ini sebenarnya bertujuan menyelamatkan nyawa dan membantu mempercepat proses pemulihan pesakit.

"Bukan seorang dua punya kerja tapi lebih 10 orang staf berpadu tenaga untuk selamatkan satu nyawa," ujarnya.   

Mengulas lanjut mengenai kes kematian selepas prosedur ditidurkan, Wan Izzati menjelaskan ia hanya melibatkan sebilangan kecil pesakit.   

"Situasi macam tu disebabkan penyakitnya sudah di tahap kritikal atau komplikasi kecederaan yang sudah teruk sebelum ditidurkan lagi.   

"Ditidurkan dan diberi bantuan pernafasan (ventilated) sebenarnya adalah kaedah paling penting untuk memastikan anda terus hidup dan meningkatkan peluang pemulihan (prognosis).

"Semua intervensi ada justifikasi dan indikasinya, bukan saja-saja nak mendodoikan pesakit supaya tidur lena," tegasnya.   

Artikel Lain