Emosi wanita yang sedang berpantang sememangnya sensitif kerana dipengaruhi oleh perubahan hormon. -Gambar hiasan AI
SETIAP insan pastinya mengharapkan sokongan daripada keluarga, lebih-lebih lagi ketika berdepan detik sukar dalam hidup.Namun tidak semua bernasib baik dan terpaksa menelan hakikat apabila orang paling dekat bersikap dingin dan seolah-olah tidak mengambil peduli apa yang sedang dilalui. Demikian juga dengan wanita ini yang meluahkan rasa terkilan terhadap ahli keluarganya sendiri ketika dia melalui saat getir melahirkan anak.ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 30 tahun anak sabar dengan ibu bapa toksik! Cucu nazak tak ziarah, lepas meninggal jadi orang terpaling sedihARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘membara’ kenang perangai toksik mak saudara, geram ibu ajak hadir majlis kahwin - “Dia tetap kakak mama!”Menurut wanita tersebut, dia terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas bersalin, namun mendakwa tiada seorang pun daripada ahli keluarganya bertanya khabar."Aku beranak sampai masuk ICU, family sendiri tanya khabar pun tidak. Adik-beradik buat tak tahu je," kongsinya.Sokongan keluarga mampu memberi kekuatan dan mempercepatkan proses pemulihan ibu yang baharu melahirkan bayi. -Gambar hiasan AITambah wanita itu, suaminya turut memaklumkan berita kelahiran anak mereka di dalam grup WhatsApp keluarga, namun perkara itu dibiarkan seperti angin lalu.Apa yang lebih menggores hati, salah seorang adik-beradiknya dilihat berkongsi video perancangan percutian di dalam kumpulan chat sama seolah-olah tidak mengambil peduli situasi yang sedang dihadapinya.Tindakan berkenaan serta-merta membuatkan rasa kecewanya memuncak sehingga dia mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan tersebut.Seorang wanita terkilan apabila keluarga tak ambil peduli ketika dia dimasukkan ke ICU selepas bersalin.Dia mendakwa tiada ahli keluarga bertanya khabar walaupun suaminya sudah memaklumkan dalam grup WhatsApp.Lebih terluka, ada adik-beradiknya berkongsi perancangan percutian dalam grup sama seolah-olah tidak peduli.Dia mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan grup WhatsApp.Netizen menasihatinya agar menjaga diri dan menetapkan batas dengan keluarga.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kecewa... aku terus left group. Time tu aku baru dipindahkan dari ICU ke wad biasa. Kecewa apabila buka telefon," ujarnya lagi.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya meluahkan simpati terhadap wanita berkenaan.Malah ramai yang menasihatkannya agar mengutamakan kesihatan diri dan bayi terlebih dahulu, selain belajar menetapkan sempadan dengan keluarga."Fokus pada diri sendiri. Syukur ada suami yang baik. Banyakkan zikir untuk tenangkan diri, masa ni la kena jaga mental betul-betul."Tak mengapa la sis, yang penting awak selamat baby selamat, suami jaga awak elok."Tergamak betul ye. Left dan delete je group. Senang, block je semua nombor adik-beradik," demikian antara komen netizen.