SEORANG wanita berkongsi pengalaman mendebarkan apabila dia menjadi sasaran gangguan seorang lelaki berstatus suami orang di tempat kerjanya.Apa yang lebih menyesakkan dada, lelaki tersebut bukan calang-calang individu kerana dia memegang jawatan tinggi di pejabat berkenaan. Menurut wanita ini lagi, bosnya itu sering mencari peluang untuk mendekatinya dengan pelbagai alasan.Malah, keadaan menjadi semakin rimas apabila rakan-rakan sekerja cuba memadankan mereka berdua walaupun masing-masing sedia maklum bahawa lelaki itu sudah mempunyai isteri.Wanita perlu saling membantu antara satu sama lain apabila berdepan konflik. -Gambar hiasan AI“Kalau kebetulan kami pakai baju sama warna, dia akan kerap datang tegur dan tanya macam-macam, kononnya hal kerja."Nak marah pun serba salah sebab dia bos, takut rosakkan suasana pejabat,” katanya.Tidak selesa dengan keadaan itu, wanita berkenaan mengakui dia hanya mampu berdoa agar diberikan jalan keluar daripada situasi tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Ofis lengang, bos mula naik miang! Wanita lapor HR, tak sanggup tubuh terus disentuh majikanARTIKEL BERKAITAN: ‘Resign’ 24 jam sebab majikan buat gangguan seksual... HR, bini bos ‘pusing’ cerita - “Saya pula dituduh nakkan laki dia”"Suatu hari tu, saya dapat 'jalan keluar' masa syarikat dapat bonus. Jadi bos ajak semua pekerja pergi bercuti. "Yang kahwin boleh bawa pasangan, jadi bos ni bawa isteri dia. Ingatkan dah bawa isteri tak kacau saya rupanya masih menyempat nak ajak bergambar sebelum bergerak," katanya lagi.Tidak mahu terus menjadi mangsa, wanita itu kemudian bertindak lebih pantas dengan mendekati isteri bosnya dan mengajaknya menaiki kereta bersama sepanjang perjalanan."Cuak dia. Kat sana saya berkepit je dengan isteri dia. Malah saya dengan seorang lagi rakan sekerja ajak dia bergosip.Lelaki dan wanita yang sudah berumah tangga perlu mengelak daripada terjebak cinta di tempat kerja. -Gambar hiasan AI"Tiba-tiba isteri dia tanya sama ada suami dia kacau mana-mana staf perempuan tak. Kami kemudian minta dia bagi nombor WhatsApp. Saya kata... kalau kami nampak dia buat bukan-bukan kami rekod," katanya.Tambahnya, isteri lelaki tersebut dengan senang hati berkongsi nombor telefonya bagi memudahkan dia memantau suami di tempat kerja."Dia siap cakap, dia lebih percaya kami daripada suami dia. Alhamdulillah, sampai sekarang bos tu tak kacau saya."Senyum pun dah tak nak. Jadi curang tu pilihan. Jadi penyondol juga pilihan," katanya.Wanita diganggu bos beristeri di tempat kerja.Rakan sekerja cuba padankan mereka.Dia dekati isteri bos semasa trip syarikat.Isteri beri nombor, sedia pantau suami.Gangguan berhenti, wanita elak jadi orang ketiga.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian wanita itu dipuji netizen kerana berjaya menghindarkan diri daripada menjadi punca masalah rumah tangga orang lain."Masha-Allah bijaknya awak. Kadang buaya jadian ni anggap awek bujang ni senang dipancing dan digula-gulakan... syabas."Tahniah. Bukan macam sesetengah tu yang bangga dihimpit bos kemudian bangga tayang gelang nipis yang bos tu bagi," komen netizen.