suria

Bukan kerana nafsu semata-mata, lelaki ini terpaksa ‘buka pekung’ rumah tangga... Cerita mengapa perlu kahwin satu lagi

Isteri seharusnya melayani permintaan suami. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki meluahkan rasa tertekan apabila isterinya langsung tidak menunjukkan keinginan untuk bersama seperti pasangan lain.

Menurutnya, setiap kali dia cuba mendekati isteri, keinginannya itu sering dipatahkan dengan kata-kata yang menjejaskan emosi dan hubungan mereka sebagai suami isteri.

Jelasnya, sikap dingin isterinya itu bukannya baru berlaku tetapi sejak awal perkahwinan mereka yang kini sudah mencecah lapan tahun.

Permasalahan rumah tangga perlu dibawa berbincang dan bukannya di simpan di dalam hati. -Gambar hiasan AI

Permasalahan rumah tangga perlu dibawa berbincang dan bukannya di simpan di dalam hati. -Gambar hiasan AI

"Setiap kali bersama, dia akan tanya... lama lagi ke? Cepat sikit boleh? Dah lapar ni. Pertanyaan macam itu memang potong mood aku.

"Apabila aku nak manja-manja, dia tak bagi aku sentuh badan dia. Masa awal kahwin je, itu pun dia paksa diri sebab nak anak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah macam langgan pelacur” – Maruah lelaki macam dipijak, isteri minta duit setiap kali diajak bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pegang jawatan AJK masjid hanya kejar akhirat, tapi derhaka dengan suami... Tolak hubungan intim, daftar umrah tanpa izin!

Walaupun berdepan situasi tersebut, dia menegaskan tidak pernah berlaku curang dan menolak setiap ajakan wanita lain di tempat kerja kerana menganggap isterinya sebagai amanah.

Dalam masa sama, dia juga memikul tanggungjawab rumah tangga termasuk melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas dan mencuci tandas sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

"Aku bukan kerja biasa-biasa, aku ada pangkat. Selalu aku balik malam sebab buat kerja lebih masa. Tapi apabila sampai rumah, isteri membebel.

"Dia menjerit kalau nampak rumah sepah, walaupun aku baru saja balik kerja. Aku tetap kena marah. Aku tertekan tapi orang luar nampak aku bahagia," katanya.

  • Lelaki luah tekanan kerana hubungan suami isteri hambar sejak awal perkahwinan.
  • Isteri didakwa kerap menolak untuk bersama dan bersikap dingin.
  • Walaupun begitu, lelaki tetap setia dan memikul tanggungjawab rumah tangga.
  • Dia akui jarang tidur sebilik dan hubungan intim sangat minimum sejak lima tahun.
  • Kini dia mula berhubung dengan wanita lain dan merancang untuk berkahwin lagi.

Menurutnya lagi, sejak lima tahun kebelakangan ini, mereka jarang tidur sebilik dan hubungan sebagai suami isteri juga sangat jarang berlaku.

"Kadang-kadang saja, dalam setahun sekali dua je dia bagi. Itu pun aku kena pakai lubricant. Tak pernah tak pakai apabila bersama. Normal ke isteri orang lain macam ini?," luahnya.

Dalam pada itu, dia mengakui kembali berhubung dengan seorang wanita yang pernah dikenalinya sebelum ini dan mula menyimpan perasaan mendalam.

"Mula-mula ingat nak berkawan saja, tapi sekarang aku rasa tak boleh hidup tanpa dia. Tapi aku tak pernah abaikan isteri aku. 

"Aku dah buat kira-kira, aku fikir mampu jaga dua isteri dengan gaji dan kerja aku sekarang. Aku rasa hidup aku gagal kalau tak kahwin dengan perempuan yang aku betul-betul cinta ni. Aku nekad nak jadikan dia isteri kedua," katanya.

Artikel Lain