HUBUNGAN intim di antara suami isteri antara elemen penting dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.Tanpanya, ia mungkin boleh membuka ruang kepada pasangan untuk berlaku curang yang akhirnya akan memporak-perandakan perkahwinan yang dibina. Lain pula dengan kisah seorang lelaki ini, dia mendakwa isterinya hanya akan melayan ajakan melakukan hubungan kelamin apabila diberikan ganjaran iaitu berupa wang.Menurutnya, situasi itu membuatkan dia berasa seperti melanggan pelacur kerana perlu membayar untuk mendapatkan layanan daripada isteri sendiri.Suami isteri perlu sentiasa menghargai sesama sendiri. -Gambar hiasan AI"Ada duit baru 'bagi', kalau tiada dia akan tolak mentah-mentah."Kadang-kadang aku terfikir sudah macam langgan pelacur pula dalam rumah ini," luah lelaki itu yang kesal dengan sikap isterinya.Luahnya lagi, keadaan berkenaan menyebabkan dia berfikiran negatif termasuk mempersoalkan kesetiaan isterinya itu."Aku bukan nak menuduh, adakah perbuatan macam ini bermakna dia ada hubungan lain atau curang dekat luar?ARTIKEL BERKAITAN: “Saya geram sebab dia tidur” - Lelaki cerita punca cerai isteri, tetap lafaz talak tiga walau hanya sekali tak masakARTIKEL BERKAITAN: “Seluar dalam pun saya basuh” – Lelaki jadi hamba dalam rumah sendiri, dilayan macam sampah demi ambil hati anak tiri"Bila jadi macam ini, macam-macam benda aku terfikir dalam kepala ini," katanya.Dia turut mengakui berasa seperti tidak dihargai sebagai suami dan terhina apabila perlu menggemis perhatian isteri sendiri.Katanya, dia berhak merasai keintiman dalam perkahwinan tanpa perlu membayar 'perkhidmatan' isteri."Rasa macam terhegeh-hegeh sedangkan itu hak aku selagi mana bergelar suami tapi sudah menjadi kebiasaan ada duit baru dia bagi," katanya lagi.Lelaki kecewa isteri hanya layan bila diberi duit.Dia rasa seperti perlu “membayar” dalam rumah tangga.Mula timbul syak wasangka terhadap isteri.Akui rasa tidak dihargai sebagai suami.Netizen nasihat cari punca dan perbaiki diri.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian lelaki itu bagaimanapun mendapat kecaman netizen terutamanya dalam kalangan wanita yang memintanya menilai semula kesilapan yang mungkin pernah dilakukan terhadap isteri.Jelas mereka, sang isteri tidak akan sesuka hati menunjukkan sikap dingin dan pasti memendam sesuatu sehingga menghukumnya dengan cara tersebut."Mungkin kau punca masalah itu... Duit nafkah, duit belanja bagi tak? Kurang kasih sayang, jadi la macam ini."Cari punca dulu, bincang elok-elok. Jika sudah sedar kesilapan dilakukan minta maaf dengan isteri," nasihat warga maya.