Ada anak menantu sanggup membiarkan ibu menjaga anak mereka walaupun ketika sedang bercuti. -Gambar hiasan AI
DATUK dan nenek membantu menjaga cucu sememangnya perkara biasa, namun situasi itu boleh menjadi beban jika tiada persefahaman antara ahli keluarga.Seorang gadis meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap kakak iparnya yang kerap menghantar anak-anak ke rumah ibunya, termasuk pada hujung minggu walaupun tidak bekerja. Menurutnya, ibu mereka sebenarnya sudah keletihan dan memerlukan rehat selepas menjaga cucu sepanjang hari bekerja."Cuti pun hantar anak dekat rumah mak mertua sebab konon kata anak rindu dekat nenek. Padahal mak mertua tu mengadu penat, letih nak rehat. Kasih sayang atuk dan nenek, sanggup menjaga cucu walaupun di usia tua. -Gambar hiasan AI"Bila kena tegur, boleh pula mengadu kat media sosial cakap kata keluarga mentua jahat. Mentang-mentang mak mertua jenis diam," luahnya.Tambahnya, keadaan menjadi lebih membebankan apabila anak-anak dihantar dalam keadaan belum makan."Mak aku pula yang risau tolong masakkan sebab cucu belum makan.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu minta duit raya lebih, siap ungkit tugas mengasuh cucu - “Aku rasa dia jaga sebab upah, bukan sayang”ARTIKEL BERKAITAN: Dah kahwin tapi masih ‘mencekik’ duit orang tua, adik geram abang anggap mak ayah mesin ATM... Dapat RM1k sebulan pun tak bersyukur!"Dula dah pernah tegur, lepas tu dia up status terpaling tersakiti kata keluarga mentua jahat," katanya.Dia turut mengakui abangnya juga tidak bertanggungjawab dengan menyerahkan sepenuhnya kepada ibu mereka untuk mengurus anak-anak."Abang aku berniaga, Isnin je cuti. Dia pun dua kali lima dengan isteri dia. Dah la sebelum ni tak pernah bayar satu sen pun.Gadis dakwa kakak ipar kerap hantar anak ke rumah ibu.Ibu mereka dikatakan sudah penat menjaga cucu.Anak dihantar kadang belum makan.Teguran dibalas dengan luahan di media sosial.Netizen nasihat beri ruang ibu berehat.Ringkasan ini dijana oleh AI"Ni sekarang dah bayar, sampai ke hari Ahad dia hantar, bayar pulak RM200 je untuk tiga orang anak," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menyarankan gadis itu membawa ibunya keluar dari rumah untuk mendapatkan rehat."Bawa pergi pantai ke makan-makan ke. Lepas tu tutup telefon. Buat tiga, empat hari macam tu nanti faham-faham la dia cari pengasuh lain."Awak bawa mak cuti seminggu tengok menggelupur ke tak laki bini tu," saran warga maya.