suria

Dah kahwin tapi masih ‘mencekik’ duit orang tua, adik geram abang anggap mak ayah mesin ATM... Dapat RM1k sebulan pun tak bersyukur!

Ibu bapa pastinya kecewa jika anak-anak melupakan mereka. -Gambar hiasan AI

SEORANG gadis meluahkan rasa kecewa apabila menjadi saksi pengorbanan kedua ibu bapanya demi abangnya yang dianggap tidak mengenang budi.

Dakwa gadis itu, abangnya masih bergantung bantuan kewangan daripada ibu bapa mereka walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Ceritanya, ibu bapanya akan mengirim wang setiap bulan kepada abangnya dengan alasan berasa kasihan dengan nasib cucu.

"Mak ayah aku sanggup hantar duit setiap bulan konon-konon duit makan cucu. Aku ok je dah itu keputusan mereka. 

Ada segelintir anak masih menerima duit daripada ibu bapa walaupun sudah berkeluarga. -Gambar hiasan AI

Ada segelintir anak masih menerima duit daripada ibu bapa walaupun sudah berkeluarga. -Gambar hiasan AI

"Tapi yang buat aku naik angin bila hari raya sebelum ini dia langsung tak telefon mak ayah... Tak tanya khabar, minta maaf langsung tak," luahnya.

Lebih mengecewakan, bapanya cuba menghubungi beberapa kali hanya untuk bercakap dengan cucu, namun panggilan tidak dijawab.

"Aku dapat tau kali terakhir mereka berhubung, abang aku 'sentap' sebab tak dapat duit lebih dari mak ayah sebelum raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu minta duit raya lebih, siap ungkit tugas mengasuh cucu - “Aku rasa dia jaga sebab upah, bukan sayang”

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek ejek cucu autism, sindir belum pandai bercakap... Wanita ini kecewa dapat mentua bermulut lancang

"Jadi sebagai balasan dia terus tak telefon mak ayah. Sampai hati dia kan?" katanya.

Kata gadis itu, orang tuanya memberikan wang lebih RM1,000 setiap bulan kepada abangnya hasil pendapatan ibu yang bekerja makan gaji dan wang sewaan rumah milik bapanya.

Menurutnya lagi, mesej terakhir diterima bapanya amat menyentuh hati apabila abangnya meminta dianggap seolah-olah tidak lagi wujud dalam keluarga.

  • Gadis sedih melihat abangnya terus meminta bantuan kewangan ibu bapa.
  • Lelaki itu didakwa tidak menghubungi keluarga pada Hari Raya.
  • Ibu bapa menyalurkan lebih RM1,000 setiap bulan untuk cucu.
  • Keadaan itu menyebabkan ibu bapa tertekan.
  • Netizen meluahkan simpati terhadap keluarga berkenaan.

"Betul lah ada saya terbaca sebelum ini... Anak paling disayangi mak ayah bukan anak bongsu atau anak yang berdikari tetapi anak paling menyusahkan orang tua," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berasa simpati dengan ibu bapa gadis tersebut.

"Sedihnya dapat anak lelaki tak guna macam ni. Mak ayah awak nak kena rukyah ni.

"Patut abang awak bagi mak ayah duit setiap bulan. Ni terbalik pulak," komen warga maya.

Artikel Lain