CERITA kehidupan setiap individu pasti mempunyai kisah berbeza termasuk perjalanan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.Ada melalui perjalanan tenang dalam meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dan apa pula bergelut mencari kemanisan dalam beribadah dan mencari keredaan-Nya. Berdepan ujian mengekalkan istiqamah dalam setiap ibadah dilakukan juga tidak mudah malah sehingga ada 'tersungkur' di tengah jalan.Hati yang terpalit dengan dosa boleh menjadi penghalang utama untuk seseorang merasai ketenangan ketika beribadah. -Gambar hiasan AILuahan seorang individu yang mempunyai latar belakang pendidikan agama mencuri perhatian ramai apabila dia secara terbuka berkongsi tidak pernah rasa seronok dalam setiap sujudnya.Malah tanpa berselindung mengakui menganggap kewajipan menunaikan solat sebagai berat dan sering meninggalkannya dengan sengaja."Bukan hendak membuka aib sendiri tapi kenapa rasa susah sangat nak solat? Saya sekolah agama dari tadika sampai sekolah menengah.ARTIKEL BERKAITAN: Rakan sekerja dakwa 80 peratus staf lelaki tak solat, hari Jumaat sembunyi dalam gudang!ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedih gagal ajak kawan solat Asar sama-sama lepas bersenam di gym... Guna alasan badan berpeluh, tak selesa"Tapi saya selalu tertanya-tanya kenapa ya tak pernah rasa seronok buat ibadah? Kenapa tak pernah rasa macam eh dah masuk waktu solat... Kenapa ya ada masalah asyik tinggal solat?" luahnya di laman sosial. Menurut individu tersebut, apa lebih merunsingkan adalah perasaan 'kosong' tetap hadir dalam diri walaupun dia mempunyai asas pendidikan agama sejak kecil.Tanpa segan dia mengakui kewajipan untuk melaksanakan rukun Islam kedua itu seakan-akan dipaksa sekali gus menyebabkan dia berasa tidak ikhlas.Seorang individu luah kegelisahan rasa sukar tunaikan solat walaupun berpendidikan agama.Dia tidak pernah rasa seronok atau ‘manis’ ketika beribadah.Perasaan kosong tetap dirasai meskipun dia sedar tentang kewajipan dan dosa meninggalkan solat.Individu itu turut mengakui solat dilakukan dalam keadaan terpaksa dan bukan dengan rela hati.Luahan tersebut mendapat perhatian netizen yang memberikan kata semangat serta menasihatinya agar terus kuat dan tidak berputus asa memperbaiki diri.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dah tahu berdosa kalau tinggal solat tapi masih rasa solat itu kena dipaksa. Tak pernah rasa rela hati nak solat. Faham tak?" kongsinya lagi. Individu tersebut mengakhiri luahannya dengan memohon pandangan dan kata semangat daripada netizen yang mungkin pernah melalui fasa sama.Di ruangan komen, terdapat segelintir yang memahami perasaan dilalui individu tersebut dan perkongsian tersebut turut membuka mata mereka agar sama-sama memperbaiki ibadah.Malah ramai turut mendoakan agar dia terus kuat dan tidak sesekali berhenti berusaha mendekatkan diri kepada Tuhan walaupun terasa berat.Netizen memberikan komen positif terhadap perkongsian individu berkenaan. Kunci merasai nikmat kemanisan beribadahSekadar memetik ceramah daripada pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, beliau menjelaskan antara kunci untuk merasai kemanisan dalam beribadah adalah dengan menjaga pandangan serta memperbanyakkan taubat kepada Allah.Menurutnya, hati yang terpalit dengan dosa boleh menjadi penghalang utama untuk seseorang merasai ketenangan ketika beribadah."Macam mana nak menambah kemanisan dalam beribadah kepada Allah? Jangan melihat benda-benda yang haram, kedua banyakkan bertaubat."Kalau tengok benda yang seksi, menonton cerita-cerita yang mendedahkan aurat... apabila bersolat, tak manis. Dosa yang berada pada kita membuatkan kita tak senang nak beribadah,"jelasnya lagi.