PENGAKUAN seorang wanita meraih perhatian netizen selepas berkongsi tentang masalah ketagihan menghisap rokok elektronik atau vape.Dedah wanita itu, dia merancang untuk menimang cahaya mata namun bimbang tidak mampu meninggalkan tabiat buruk itu sepanjang kehamilan. "Tolong jangan judge. Saya nak mengandung, tapi saya ketagih vape. Saya baru sahaja berkahwin lebih kurang tiga bulan.Asap rokok boleh membahayakan kesihatan bayi. -Gambar hiasan AI"Suami memang marah kalau saya hisap vape, tapi saya tak boleh nak berhenti. Saya dah hisap sejak tahun 2023, dah tiga tahun."Tolonglah nasihati saya cara untuk berhenti hisap vape. Saya kesian dekat anak kalau mengandung nanti," tulis wanita itu menerusi hantaran di Threads. Di ruangan komen, seorang wanita yang pernah mengalami ketagihan serupa tampil berkongsi kisahnya yang berjaya 'membuang' vape daripada hidupnya.Seorang wanita mengaku masih ketagih vape walaupun sudah berkahwin.Dia teringin untuk mengandung, namun bimbang tidak mampu berhenti hisap vape.Ramai wanita lain mengaku mereka juga berdepan situasi sama.Netizen beri nasihat agar wanita itu berubah demi masa depan keluarga.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya sama macam awak. Saya berhenti hisap vape sebab ada keinginan untuk jadi ibu. Saya betul-betul nak anak, jadi saya berhenti hisap vape."Ada je rasa gian. Tapi bila gian, saya minum air atau makan coklat. Saya tegas dengan diri sendiri. Saya doakan awak pun akan dapat anak," kongsi wanita itu.Beberapa lagi individu turut berkongsi kisah mereka dan memberi kata-kata semangat agar wanita itu kuat untuk melawan ketagihannya.ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi vape tonjol semangat ‘brotherhood’, lelaki dijangkiti herpes daripada rakanARTIKEL BERKAITAN: Bukannya nak larang! Ibu selamba bagi anak sedut vape, perbuatan tak bertanggungjawab dirakam CCTV"Saya terus berhenti vape lepas mengandung. Cuba makan gula-gula getah untuk buang rasa nak hisap vape."Saya pun ketagih. Masa mengandung, tiba-tiba vape tu rasa jijik. Akhirnya saya berhenti je hisap vape."Saya berhenti secara mengejut lepas disahkan hamil. Awak cubalah paksa diri untuk tak sentuh vape," tulis beberapa netizen.