SEORANG gadis meluahkan rasa terkejut apabila ibunya muncul secara tiba-tiba di rumah selepas lebih setahun meninggalkan dia dan adik-adik.Namun, lebih mengecewakan ialah kehadiran itu bukan untuk memperbaiki hubungan keluarga mereka yang sudah lama retak. Sebaliknya, hanya untuk menyerahkan kad undangan perkahwinan selepas sekian lama bercerai dengan bapanya.Penceraian biasanya menjadikan sebahagian anak-anak menjadi lebih matang. -Gambar hiasan AI"Sejak dia buang aku dan adik-adik, maaf aku tak kenal siapa mak ayah aku. "Aku dengan berbesar hati koyak kad undangan tu depan dia dan halau dia dari rumah aku," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Bapa makin 'menjadi-jadi' di hujung usia! 6 kali kahwin janda, simpanan hampir 'kering' - "Dulu abah kuat agama"ARTIKEL BERKAITAN: Biras anak Datuk pun sanggup tidur luar! Wanita puji toleransi keluarga mentua, 17 tahun kahwin tiada isu berebut bilikUjar pengadu lagi, bapanya juga meninggalkan mereka adik-beradik selepas berkahwin baru dan itu antara punca ibu bapanya berpisah.Situasi menjadi tegang apabila lelaki yang datang bersama ibunya didakwa cuba menasihatinya supaya tidak menjadi anak derhaka."Aku pun sound dia balik, aku tanya... Siapa anak dia? Aku dengan budak-budak ni? Anak dia ke? Derhaka?"Kau selidik balik sebelum berani cakap macam tu. Terdiam terus pakcik tu. Berani dia nak masuk campur," katanya lagi.Perkongsian tersebut turut mendedahkan bahawa dia kini menanggung dua orang adik, termasuk seorang yang masih bersekolah.“Daripada tempat tinggal, makan minum, kenderaan semuanya aku uruskan. Sejak tahun lepas, adik-adik bawah jagaan aku sepenuhnya” katanya.Wanita terkejut ibu muncul selepas setahun menghilang.Kehadiran hanya untuk beri kad kahwin baharu.Kad jemputan dikoyak kerana luka lama.Dia kini menanggung dua adik sendirian.Netizen puji pengorbanannya sebagai kakak.Ringkasan ini dijana oleh AIDia mengakui perjalanan hidup mereka amat perit apabila terpaksa berdikari tanpa sokongan ibu bapa dan menyifatkan keadaan itu seperti menjadi yatim piatu walaupun kedua-duanya masih hidup.Wanita itu turut meluahkan rasa kecewa terhadap kakak sulungnya yang sudah berkeluarga dan menetap jauh.Kakaknya didakwa jarang pulang menjenguk adik-adik serta hanya menghubungi mereka apabila memerlukan bantuan kewangan.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang memuji pengorbanan dan sikap tanggungjawabnya terhadap adik-adik."Syurga buat kau, jaga adik baik-baik. Nanti Allah bagi yang indah-indah dekat kalian semua di syurga sana."Tak semua abang atau kakak ada rasa tanggungjawab pada adik-adik di umur yang macam ni," komen netizen.