suria

Pemuda kongsi kisah putus cinta gara-gara timun... Teman wanita merajuk, hilang selera nak makan nasi lemak ayam goreng

Sesebuah hubungan boleh berakhir hanya kerana perkara remeh. -Gambar hiasan AI

SETIAP pasangan bercinta pastinya pernah melalui salah faham yang boleh menguji perhubungan.

Menurut cerita seorang lelaki, insiden remeh melibatkan nasi lemak akhirnya menjadi titik penamat hubungan cintanya.

Katanya, kejadian berlaku empat bulan lalu ketika mereka singgah di gerai nasi lemak selepas wanita itu teringin menikmati hidangan tersebut.

Lelaki kadang-kala sukar memahami sikap wanita. -Gambar hiasan AI

Lelaki kadang-kala sukar memahami sikap wanita. -Gambar hiasan AI

"Dia cakap nak nasi lemak ayam goreng dan aku pun beli la. Tapi makcik peniaga tu cakap timun dah habis... aku pun ok je.

"Masuk kereta, dia nak makan terus dan tiba-tiba menangis sebab tiada timun," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda 'demam' GF lulusan diploma minta hantaran 40K, ramai syak cara sopan tolak cinta - "Kalau tak faham, tak tahulah"

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 4 tahun bercinta, ibu teman lelaki desak putus... Idam menantu berkerjaya bagus untuk anak teruna kerja kilang

Menurutnya, teman wanitanya itu berkeras mahukan timun dengan alasan sedap dimakan bersama nasi lemak.

"Dia bungkus balik nasi lemak tu dan cakap mesti ada timun baru sedap. Pastu dia merajuk dengan aku.

"Dia kemudian suruh aku hantar dia balik rumah," katanya.

Bagi memujuk, lelaki itu singgah di sebuah kedai dan membeli lima batang timun Jepun sebelum menyerahkan kepada teman wanitanya.

"Dia senyap je dan apabila sampai rumah terus dia mesej... kau sebagai lelaki jangan sindir aku dengan beli timun macam tu.

"Aku apa lagi, terus sekat nombor dia dan hubungan kami pun berakhir," katanya.

  • Lelaki putus cinta kerana perselisihan kecil nasi lemak.
  • Teman wanita menangis kerana tiada timun.
  • Lelaki beli timun cuba pujuk, tetap tegang.
  • Mesej teman wanita dianggap menyindir, terus disekat.
  • Netizen sokong tindakan lelaki, sifat teman wanita dianggap melampaui batas.

Jelasnya, perpisahan itu bukan semata-mata kerana isu timun, sebaliknya sikap pasangannya yang dianggap sudah melampaui batas dan menjadi kemuncak kepada masalah yang dipendam sebelum ini.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian netizen yang bersetuju tindakan lelaki terbabit meninggalkan teman wanitanya.

"Tiada timun pun dia dah buat perangai, bayangkan kalau tak cukup duit. Elok sangat tinggalkan perempuan macam tu.

"Elok la dia buat perangai awal-awal. Kalau dah kahwin letih nak layan perangai bodoh macam ni," komen netizen.

Artikel Lain