suria

Ibu lari ke tandas, terkejut tengok anak lelaki umur 13 tahun tersipu-sipu depan pelayan kacak! - “Makin jelas sejak akil baligh”

Anak diibaratkan seperti kain putih dan ibu bapa bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka. -Gambar hiasan AI

TIADA mana-mana ibu pun dalam dunia ini yang mahu melihat anak-anaknya membesar dalam kancah dosa sehingga dipandang serong oleh masyarakat sekeliling.

Namun, seorang wanita di Thread meluahkan kebimbangannya selepas mengesyaki anak lelakinya yang berusia 13 tahun memiliki kecenderungan seksual berbeza.

"Saya rasa anak lelaki saya gay. Dia anak kedua daripada tiga beradik. Dia satu-satunya anak yang berperangai baik, paling rajin beribadah, sabar dan memberi perhatian kepada ibunya.

Anak yang menunjukkan personaliti berbeza tidak wajar disisihkan oleh ahli keluarga. -Gambar hiasan AI

"Dia paling mudah dididik, paling cerdas otaknya, tapi dia memiliki hati yang sangat sensitif. Dia mudah menangis. Dia benci aktiviti outdoor yang panas.

"Dia sangat introvert. Dia cuma berkawan rapat dengan adik perempuannya. Saya dah lama curiga. Perubahannya makin jelas sejak dia akil baligh beberapa bulan lalu," tulis wanita itu.

Dalam kejadian terbaharu, wanita itu mendakwa anaknya menunjukkan reaksi yang sangat teruja apabila berdepan dengan lelaki berwajah kacak.

  • Wanita bimbang anaknya akan membesar sebagai lelaki gay.
  • Dia mendakwa anaknya mula menunjukkan ciri-ciri gay pada usia 13 tahun.
  • Wanita itu pernah menangis kerana sedih dengan personaliti anaknya itu.
  • Netizen beri nasihat agar dia tidak hantar anaknya tinggal di asrama.

"Sebelum ini saya cuba nafikan perasaan ini. Namun, ketika makan di restoran, ada seorang pelayan lelaki. Saya lihat anak saya tersipu-sipu. Ia membuatkan saya terkejut.

"Saya terus alihkan perhatiannya dan ajak ke tempat lain. Kebetulan waktu tu nak solat, jadi saya tarik dia ke surau. Saya berlari ke tandas dan menangis. Saya takut.

"Ayahnya tak boleh harap. Dia suka buli anak saya tu. Dia suka mengusik dan mengejeknya. Anak lelaki sulung saya juga garang terhadapnya," luah wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia save nama kawan tu ayang” - Adik syak abang jalin hubungan sejenis, dengar suara mengerang waktu bermalam di rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda gay nekad berubah, teman wanita pula curang! Naluri songsang kembali membuak, pilih balik kampung elak buat ‘perangai’ lama

Di ruangan komen, ramai netizen meminta wanita itu tidak bersangka buruk dan terus mendidik anaknya supaya dia membesar sebagai manusia yang berguna.

Pada masa sama, netizen turut berkongsi saranan agar anak lelakinya tidak terjerumus dalam kancah dosa sehingga terlibat dalam hubungan songsang.

"Ayahnya suka buli, abang pula garang. Bimbang nanti dia jumpa lelaki yang baik, dia akan hanyut dengan perasaan.

"Yang pastinya jangan masukkan ke asrama, takut nanti dia jadi makin nakal," tulis netizen lagi.

Artikel Lain