suria

Pemuda gay nekad berubah, teman wanita pula curang! Naluri songsang kembali membuak, pilih balik kampung elak buat ‘perangai’ lama

Segelintir lelaki gay berubah selepas mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

SEORANG pemuda tular di aplikasi Threads selepas ramai bersimpati dengan luahan hatinya tentang realiti kehidupan sebagai individu bernafsu songsang.

Menurut pemuda berusia 30-an itu, beberapa siri kejadian serangan seksual sejak kecil berkemungkinan mendorong dia mula meminati kaum sejenis.

"Masa enam tahun jiran paksa saya buat seks oral. Masa darjah enam pula, cikgu lelaki buat perkara tak elok pada saya.

"Ketika tingkatan dua, ada senior tingkatan enam buat benda tak elok. 

Pintu taubat sentiasa terbuka buat hamba yang berdosa. -Gamnbar hiasan AI

"Mungkin perlahan-lahan rasa ini bercambah dalam diri saya. Saya dah cukup jantan, bukan lembut gemalai. Cuma saya ada naluri aneh ini. Saya tertarik kepada lelaki.  

"Saya lawan perasaan dan cuba berubah. Tapi rasa itu tetap ada, saya gagal," tulis pemuda itu.

Sebagai usaha melawan perasaan songsang, dia juga pernah bercinta dengan wanita namun impian menjalani kehidupan normal seperti lelaki lain tidak kesampaian.

"Saya pernah bercinta enam tahun dan rancang nak bertunang. Saya bayangkan, mungkin dengan cara ini saya akan jadi normal.

  • Seorang lelaki berkongsi kisahnya yang dicabul sejak kanak-kanak.
  • Dia membesar sebagai lelaki yang memiliki nafsu terhadap kaum sejenis.
  • Dia cuba untuk bercinta dengan wanita namun berdepan kekecewaan.
  • Lelaki itu tidak putus asa untuk berubah dan ingin menjalani hidup normal.

"Tapi saya dapat tahu wanita itu sudah ada orang lain. Dia membuatkan saya semakin menjauh daripada perempuan. Seolah-olah usaha selama ini sia-sia," ceritanya.

Bagi mengelakkan dirinya terus hanyut, pemuda itu memilih pulang ke kampung dan berharap nasibnya akan berubah suatu hari nanti.

"Sebelum ini saya diuji kenal dengan lelaki yang baik. Dia membuatkan perasaan saya bercampur baur dan keliru.

"Tapi saya paling bersyukur sebab sudah tak tinggal di Kuala Lumpur. Saya balik kampung selamanya. Doakan saya jumpa jodoh yang baik," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak suka pakaikan baju perempuan sejak kecil, adik akhirnya membesar jadi lelaki lembut... Mengaku minat kaum sejenis

ARTIKEL BERKAITAN: Tak faham maksud mesej, rider sangka pelanggan nak belanja... Rupanya gay gersang ajak buat benda tak senonoh

Di ruangan komen, ramai netizen mendoakan pemuda itu agar dia terus kuat melawan nafsu dan mendoakan dia dipertemukan dengan wanita yang tepat.

"Allahuakhbar. Hebatnya dugaan awak. Hebat juga cara awal mengawal diri ke arah lebih baik. Semoga awak pulih.

"Terus kuat bang. Semoga jumpa pasangan yang terima awak. Jangan tergelincir ke arah kehidupan songsang," tulis netizen.

Sebagai peringatan, hubungan sejenis adalah satu perbuatan yang dilarang dalam Islam dan semua perlu menjauhinya.

Artikel Lain