suria

Tak faham maksud mesej, rider sangka pelanggan nak belanja... Rupanya gay gersang ajak buat benda tak senonoh

Berdepan kerenah pelanggan adalah lumrah bagi golongan penghantar barang. -Gambar hiasan

BERDEPAN dengan pelanggan yang cerewet sememangnya lumrah bagi golongan penghantar barang atau makanan.

Namun berbeza pula kisah yang dialami oleh seorang pekerja penghantaran ini apabila dia diganggu oleh pelanggan lelaki bernafsu songsang.

Pengalaman 'ngeri' pekerja penghantaran tersebut dikongsikan oleh isterinya menerusi satu hantaran di laman sosial.

"Kesian laki aku... niat nak cari rezeki tapi dugaan yang mai (datang).

"Betul la zaman sekarang lelaki pun tak selamat dah. Laki aku tak faham BJ tu apa. Dia ingat customer nak belanja macam tip la sebab tolong hantar order.

"Rupanya si gay sangap ba***g," tulisnya dalam hantaran tersebut.

Tangkap layar (screenshot) yang dikongsikan oleh wanita berkenaan.

Wanita itu turut memuat naik sekeping foto tangkap layar perbualan di aplikasi chat sistem syarikat penghantaran barang antara suaminya dengan pelanggan tersebut. 

Berdasarkan perbualan mereka, suami wanita berkenaan pada mulanya tersalah faham apabila menyangka pelanggan itu bertanya sama ada dia mahu 'dibelanja'. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rider berwajah ‘jambu’ jadi mangsa gangguan seksual... Pelanggan lelaki peluk dari belakang, tangan menjalar ke alat sulit

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis berdepan detik cemas, rider e-hailing tonton video lucah sepanjang perjalanan… Terpaksa menyorok di rumah jiran, bimbang diekori

Selepas mengetahui maksud sebenar pelanggan tersebut, suami wanita itu menolak dan menjelaskan dirinya bukan gay, namun mesejnya dibalas dengan sinis.

"Okay jangan accept (terima) lagi ye lepas ni. Nak cari yang sporting je," tulis pelanggan berkenaan.

Sekadar berkongsi di laman sosial, wanita itu dalam masa yang sama menasihatkan pekerja penghantaran lain supaya berhati-hati apatah lagi jika menerima mesej aneh daripada pelanggan. 

  • Seorang rider lelaki diganggu pelanggan lelaki bernafsu songsang ketika menjalankan tugas penghantaran.

  • Isteri mangsa berkongsi insiden itu di media sosial, termasuk tangkap layar mesej lucah yang diterima suaminya.

  • Suaminya pada awalnya tersalah faham maksud "BJ", menyangka ia sekadar tip, namun pelanggan sebenarnya berniat tak senonoh.

  • Wanita itu menasihati rider lain agar berhati-hati jika menerima mesej pelik daripada pelanggan.

  • Netizen turut terkejut dan kongsi pengalaman serupa untuk dijadikan pengajaran bersama. 

"Bahaya kan zaman sekarang. Nasib semalam suami saya tunjuk chat tu.

"Kemudian saya rasa dia (pelanggan) ni macam sesuatu. BJ tu perkataan singkatan, jadi saja suruh suami tanya BJ tu tu apa.

"Terkejut dia reply macam tu. Harap tak terjadi dekat rider lain," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut terkejut dan dalam masa yang sama melahirkan kebimbangan dengan keselamatan para penghantar barang yang terdedah kepada pelbagai bentuk gangguan ketika menjalankan tugas.

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. 

Ada juga yang berkongsi pengalaman hampir serupa, termasuk menerima mesej berbaur lucah daripada pelanggan, sama ada secara terang-terangan atau berkias.

"Ada baca budak Grabfood kena. Suruh hantar makanan sampai atas, lepas tu suruh hantar ke dapur pula. Masuk je rumah, yang bukan-bukan dimintanya. Lari budak tu, nasib tak jadi mangsa. 

"Gelilah dengan lelaki macam ni. Aku pernah lelaki raba paha aku, melompat aku. Tak faham orang yang minat sama jantina ni. 

"Jadah nak yang sporting... tengkorak dia! Minta jauh la orang macam ni," demikian antara komen netizen. 

 

Artikel Lain