KHIDMAT jurusolek sememangnya menjadi pilihan ramai wanita apabila mahu melaram ketika acara penting, sama ada ke majlis perkahwinan, makan malam, graduasi atau sesi penggambaran.
Begitu juga dengan wanita ini yang bakal menjadi bridesmaid (pengapit) untuk sebuah majlis perkahwinan bulan depan, lalu mengambil inisiatif untuk mula mencari jurusolek.
Namun apa yang mengejutkan dirinya, harga yang dikenakan oleh salah seorang jurusolek yang dihubungi mencecah RM2,000!

Tangkap layar (screenshot) perbualan yang dikongsikan oleh individu berkenaan.
"Aku ni tak berapa nak tahu sangat harga MUA (make-up artist) sekarang. Tapi korang rasa harga dia ni make sense ke?" tulisnya pada satu perkongsian di laman sosial.
Wanita berkenaan turut memuat naik sekeping imej memaparkan tangkap layar (screenshot) perbualan di aplikasi WhatsApp antara dirinya dan jurusolek tersebut.
Berdasarkan tangkap layar perbualan yang dikongsikan itu, jurusolek itu memberikan sebut harga (quotation) servis solekannya berjumlah RM2,000 termasuk kos pengangkutan.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati! MUA 'suka-suka' tawar harga mekap tak masuk akal, slot Aidiladha hampir penuh - “Saya bukan sesiapa... mestilah ada beza mekap RM50 dengan RM200”
ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan nak bayar RM60 untuk mekap ‘simple’ majlis makan malam... MUA terkejut tengok foto rujukan tema Bollywood!
Menurut jurusolek itu lagi, dia mengenakan harga sebegitu kerana perlu hadir dari tempatnya iaitu Johor Bahru (JB) ke lokasi pelanggan di Muar.
Sekadar maklumat tambahan, jarak antara JB dengan Muar adalah sekitar 170 kilometer.
"Punya terkejut sampai sis tanya dua kali," tulisnya lagi sambil menambah, jurusolek berkenaan bukanlah dalam kalangan make-up artist terkenal yang lazimnya mengenakan bayaran sedikit tinggi daripada biasa.
"Fikir balik, membazir gila. Baik make-up sendiri," tulisnya lagi.
Seorang wanita terkejut apabila jurusolek mengenakan caj RM2,000 untuk solekan bridesmaid.
Menurut jurusolek, harga tersebut termasuk kos perjalanan dari Johor Bahru ke Muar.
Wanita tersebut merasakan caj yang dikenakan tidak berbaloi kerana MUA tersebut bukan daripada kalangan jurusolek terkenal.
Perkongsiannya tular dan menerima pelbagai reaksi netizen, yang rata-ratanya menganggap caj itu terlalu mahal.
Ramai menyarankan wanita tersebut mencari khidmat jurusolek lain yang munasabah.
Ruangan komen perkongsian wanita tersebut dibanjiri reaksi warga maya dengan rata-ratanya berpandangan kadar yang dikenakan terlalu mahal untuk solekan pengapit, lebih-lebih lagi jarak lokasi yang sederhana jauh.
"Merepek je dari JB ke Muar make-up seorang bridesmaid RM2,000.
"Kalau kira rate travel ni macam make-up bride dah, kalau bridesmaid seorang tak padan awak nak bayar. Lebih baik cari area dekat-dekat je.

Sebahagian daripada komen netizen.
"Ini macam harga untuk bride dah. Kalau MUA famous memang macam ni lah rate diaorang untuk pengantin," komen netizen.
Namun tidak kurang juga ada yang berpandangan ia adalah cara jurusolek tersebut menolak job secara halus.
Justeru mereka mencadangkan supaya wanita tersebut mencari jurusolek lain yang menawarkan harga yang munasabah.


