BEBERAPA insiden buli yang berakhir dengan kematian, membuatkan ibu bapa semakin berwaspada dengan aktiviti harian anak-anak di sekolah.
Bimbang insiden sama terjadi kepada anak perempuannya, seorang wanita mengambil langkah drastik untuk bertemu dengan guru besar sekolah anaknya.
Dia yang enggan mendedahkan identiti diri mendakwa, tindakan itu tercetus selepas rambut anak perempuannya yang baru berusia lapan tahun digunting oleh rakan sekelas.
Lebih mengejutkan apabila anaknya memberitahu bahawa rakan sekelas bertindak sedemikian kerana berasa benci melihatnya.

Setiap keluarga mempunyai peraturan sendiri. -Gambar hiasan
"Semalam (Selasa) dah kena potong rambut sampai macam tu, kalau anak aku melawan, mahu tercucuk mata... siapa nak jawab?
"Baru cakap dalam grup, cikgu dah tutup grup, macam mana nak selesaikan masalah," luahnya yang geram dengan insiden menimpa anaknya.
Memulakan cerita, dakwa wanita ini, anaknya merupakan seorang yang pendiam dan tidak pernah memaklumkan kejadian yang berlaku di sekolah.
Namun segala insiden buli terbongkar selepas dia mengugut anaknya itu menggunakan rotan apabila bahagian depan rambut anaknya kelihatan pendek semasa ingin memakaikan tudung.
ARTIKEL BERKAITAN: Kes anak dibuli selesai, pelaku dah minta maaf! Ibu pelik guru masih nak 'panjang cerita', sindir murid tanpa asas
ARTIKEL BERKAITAN: Kaki disekat, anak perempuan hampir jatuh tangga! Ibu tak duduk diam, segera bersemuka pembuli sebelum dihalang cikgu
"Kalau kita jadi parents, anak kena macam ni masih boleh diamkan diri ke?
"Sebelum ni hari-hari duit belanja kena ambil dengan kawan, aku siapkan bekal tapi kawan makan sampai habis.
"Botol air dah lebih 10 botol hilang, tapi aku fikir budak-budak, tak apalah halalkan," ceritanya di media sosial.
Lebih menambah rasa geram apabila anaknya didakwa dicubit dan dipaksa menyiapkan kerja sekolah rakan lain.
- Ibu dakwa anak perempuan 8 tahun dibuli hingga rambut digunting rakan sekelas.
- Mangsa turut kehilangan duit, makanan, dan botol air akibat dibuli rakan.
- Anak pendiam, tidak melawan dan enggan menceritakan kejadian di sekolah.
- Grup WhatsApp kelas ditutup selepas dia bersuara mengenai insiden.
- Netizen sarankan buat laporan polis dan desak sekolah ambil tindakan.
"Aku hantar anak aku pergi belajar bukan jadi kuli orang!
"Anak aku ni pendiam, cikgu sendiri cakap dia memang pendiam, macam mana nak kacau orang.
"Orang buat apa pun dia diam, balik rumah tak mahu bagitahu," tambahnya lagi.
Ketika dihubungi mStar, wanita ini berkata suaminya bertindak menghubungi guru terbabit selepas grup WhatsApp ditutup untuk komen.
"Suami saya hubungilah cikgu, macam ni ke cara nak selesaikan masalah, saya bercakap dalam grup supaya parents lain tahu juga, tak mahu perkara ni jadi lagi kat orang lain.

Warga maya memberikan pandangan masing-masing.
"Sebelum ni kes lain memang saya pejam mata je tapi semalam dah melibatkan fizikal, mental anak saya... tak kan nak diam dengan saya tak sihat," luahnya yang menyedari kejadian buli berlarutan sejak anaknya darjah 1.
Pada masa sama dia berharap agar guru besar melakukan siasatan seperti yang dimaklumkan kepadanya semasa sesi pertemuan pada Rabu.
Tambahan pula anaknya akan bersikap ceria dan gembira jika tidak mengalami masalah di sekolah, situasi berbeza apabila dia pulang ke rumah semalam.
Di ruangan komen, ramai netizen memintanya untuk membuat aduan pada pihak sekolah dan laporan polis.
"Saya pernah urus kes 'similar' macam ni. 'Parents' tu buat laporan polis kemudian bawa report tu ke sekolah, jumpa dengan 'parents' tersebut. Puan mesti bertegas.
"Aku hari tu mengamuk di sekolah sebab anak aku kena buli, anak aku badan besar darjah 4, kawan-kawan ejek gorila dan koyakkan kasut dia.
"Lapor polis sebab dah main fizikal anak," demikian antara reaksi warga maya.


