MENGETAHUI anak kesayangan hampir terjatuh dari tangga di sekolah angkara perbuatan buli, hati si ibu mula bimbang andai perkara sama terjadi lagi.
Menurut wanita itu dia bersyukur kerana anak perempuannya sempat berpaut pada pemegang tangga ketika langkahnya disekat pembuli.
Lebih menyakitkan hati apabila dia dimaklumkan bahawa pembuli langsung tidak berasa bersalah dengan perbuatannya.

Mangsa pastinya takut untuk hadir ke sekolah selepas dibuli. -Gambar hiasan
"Anak perempuan saya hampir jatuh tangga dari tingkat atas sekali di sekolah. Ada pelajar lain tu dengan sengaja tripped (sekat kaki) dia.
"Pembuli tu? Dia berani cakap padan muka. Anak balik rumah cerita dan pujuk minta tukar sekolah. Dia bercerita sambil menangis dan merayu nak tukar sekolah," katanya dalam hantaran di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar SBP menangis teresak-esak, rayu ibu nak berhenti sekolah... Pengetua hanya cadang ambil cuti dua minggu
ARTIKEL BERKAITAN: Gambar kumpulan pelajar didakwa buli arwah Zara Qairina tersebar, ramai gesa siasatan adil
Enggan berdiam diri, si ibu mengajak suaminya ke sekolah untuk berbincang dan menegur pelajar terbabit secara baik.
Namun belum selesai bersemuka, guru besar dan cikgu kaunseling menghalang serta meminta agar perkara itu dibincang di pejabat mengikut prosedur sekolah.
"Ada cikgu-cikgu masuk campur dan cakap perkara ini (jumpa murid) tidak dibenarkan dan merupakan satu kesalahan. Saya faham ada prosedur.
- Seorang ibu kecewa selepas anak perempuannya hampir jatuh tangga akibat disekat pelajar lain di sekolah.
- Pelajar yang menolak itu didakwa membuli dan mengatakan 'padan muka' kepada mangsa.
- Ibu mangsa sudah memaklumkan guru kelas dan cuba berbincang di sekolah bersama suaminya.
- Namun, pertemuan itu dihentikan oleh guru besar dan guru kaunseling yang meminta isu dibincang ikut prosedur.
- Ramai netizen turut berkongsi pengalaman buli anak mereka dan menggesa tindakan tegas diambil.
"Tapi dalam pengalaman kami, apabila ada ibu bapa tegur pembuli secara berhemah walaupun sekejap, selalunya buli akan berhenti serta-merta," katanya lagi.
Kejadian itu turut mengundang reaksi netizen yang bimbang dengan kejadian buli di sekolah.
Ternyata ramai juga pernah berdepan situasi serupa apabila mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen.

Komen warga maya di media sosial.
"Anak rakan saya umur lapan tahun kena bedah sebab pernah tersembam sampai patah hidung masa naik tangga. Kawan pijak kain. Saya tak pasti pelajar tu sengaja atau tak. Dah lapor pada polis dan sekolah.
"Tolong biarkan cikgu pelajar tu tahu. Bagi amaran pada semua peringkat guru dan pastikan cikgu tahu kalau insiden sama terjadi lagi, mereka akan berdepan akibatnya.
"Ada budak perempuan dekat kampung saya ni sakit tulang belakang sejak sekolah sampai ke dewasa. Isunya budak lain tarik kerusi ketika dia nak duduk," demikian kata netizen.


