suria

“Menggeletis minta suami aku ambil serai!” - Wanita ‘tangkap’ jiran perempuan tak tahu malu, kerap muncul depan rumah waktu Maghrib

Gangguan orang ketiga sering dikaitkan jika berlaku masalah dalam rumah tangga antara pasangan suami dan isteri. -Gambar hiasan

MEMANG seronok apabila mendapat jiran yang ramah dan gemar bertegur sapa.

Namun situasi berbeza dialami wanita ini apabila jirannya sentiasa bertandang pada waktu Maghrib, sejurus melihat kelibat suaminya di luar rumah.

Situasi yang kerap berlaku itu bagaimanapun baru sahaja diketahuinya kerana selama ini pada masa berkenaan dia masih ditempat kerja.

"Jiran selang empat buah rumah selalu datang rumah aku masa Maghrib, konon-konon nak tanya itu dan ini.

Mereka yang hidup berjiran perlu saling menghormati dan menjaga adab. -Gambar hiasan.jpg

Mereka yang hidup berjiran perlu saling menghormati dan menjaga adab. -Gambar hiasan

"Kadang-kadang hantar makanan. Dia belum berkahwin, umur 32 tahun dan kerja area situ juga.

"Kebetulan pada hari berkenaan aku shif pagi, tengah tunggu suami balik. Elok sampai je dalam pagar, perempuan tu muncul," kongsi wanita ini di media sosial.

Lebih mengejutkan apabila jirannya itu tanpa rasa malu meminta suaminya mengambil serai dari rumah hadapan.

Walhal, pemilik serai berkenaan berada di hadapan rumah dan bersiap sedia untuk ke masjid.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran naik lemak lepas sekali dibantu! 'Pantang' dengar bunyi pagar kelam kabut keluar minta tolong hantar anak ke sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari bertukar-tukar lelaki! Individu dakwa jiran depan rumah tawar aktiviti persundalan - “Mereka buka pintu sikit, intai dulu”

"Amboi menggeliat (menggeletis) minta tolong suami aku ambil serai, suami aku cakap suruh pakcik tu ambil, serai bukan kami punya.

"Kebetulan pakcik tu ada kat depan rumah tengah siap-siap nak ke masjid. Aku apa lagi terus keluar dari rumah.

"Berubah terus muka perempuan tu, dia ingat aku tak ada sebab selama ini memang aku tak ada kat rumah," ujarnya sambil memaklumkan jadual kerjanya mempunyai tiga shif.

Isteri pakcik terbabit yang kemudiannya keluar dari rumah terus bertanyakan sama ada jirannya itu mempunyai pertalian darah atau sebaliknya.

  • Wanita dedah jiran sering datang waktu Maghrib bila nampak suaminya.
  • Jiran bujang 32 tahun kerap tanya hal remeh & hantar makanan.
  • Pernah minta suami ambil serai milik orang lain walau tuan ada depan mata.
  • Isteri tuan serai persoal hubungan mereka.
  • Wanita syukur bakal pindah, netizen pesan hati-hati & elak terima makanan.

Manakan tidak, jirannya itu dilihat selalu bertandang dan bertegur sapa dengan suaminya.

"Makcik tu tanya... kenapa dia mai (datang) sebab selama dia duduk sini, langsung tak keluar rumah. Nampak banyak hari dah dia mai rumah hampa (kamu), adik-beradik ka?

"Aku pun jawab yang tak kenal dan suami terus cakap... sejak seminggu  yang lepas saya tengok pelik, dia mai waktu saya balik kerja dan tanya macam-macam," tambahnya lagi.

Mengakui rasa pelik dengan tingkah laku jirannya itu, dia bagaimanapun menzahirkan rasa syukur kerana akan berpindah pada bulan hadapan.

Warga maya memintanya berhati-hati.

Warga maya memintanya berhati-hati. 

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk mereka yang turut mengalami situasi sama.

Tidak kurang juga yang mengingatkannya supaya berhati-hati dan tidak menjamah makanan yang diberi jirannya itu.

"Hati-hati orang macam tu, jangan bagitahu nak pindah mana, kalau boleh nombor telefon pun sekat sebab takut dia tertengok status, makanan dia bagi pun elakkan.

"Nak test market la tu, lain kali sound je sis, pindah nanti diam-diam dan jangan bagitahu.

"Jiran saya tingkat atas, asal ada suami keluar hidupkan enjin kereta, tergedik-gedik dia keluar dengan baju seksi nampak tepi dada, saya jemur baju terus dia tutup pintu," demikian luahan warga maya.

Artikel Lain