KITA sering membaca perkongsian warga maya yang menjadi 'sasaran' kenalan atau saudara untuk meminjam wang.
Demikian juga dengan situasi dihadapi wanita ini apabila dia diminta membuat pinjaman kereta untuk birasnya.
Wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu berkata, insiden berkenaan berlaku ketika dia baharu dua tahun mendirikan rumah tangga.
"Satu hari, biras datang dengan mak mentua. Tujuannya nak minta saya buatkan loan kereta untuk dia. Dia (biras) bercadang nak ambil Myvi.
"Masalahnya dia tak boleh buat loan sebab dia freelance dan tak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dia nak ambil Myvi, sedangkan saya sendiri hutang kereta kancil.
Sesetengah individu sering menjadi sasaran ahli keluarga atau kenalan untuk meminta bantuan. -Gambar hiasan
"Hutang saya pun banyak, hutang kereta, hutang belajar," tulisnya dalam perkongsian berkenaan.
Disebabkan diri sendiri masih menanggung komitmen yang agak besar ditambah pula dengan pendapatan sederhana, wanita tersebut menolak hasrat birasnya dengan baik.
"Tak silap gaji saya RM2,200 je masa tu. Berapalah sangat bersih dalam tangan selepas tolak EPF, Socso dan hutang-hutang.
ARTIKEL BERKAITAN: Rimas ada saudara muka tebal, setiap bulan minta pinjam duit! Gelang besar di tangan simpan ‘kemas’
ARTIKEL BERKAITAN: Pinjamkan duit tabung percutian untuk adik buat majlis kahwin, tak sangka suami sentap! Marah sampai sanggup travel solo
"Nampaklah kecewa dia. Terus dia buka cerita, cakap akaun bank dia ada RM40,000. Dah pergi bank tapi bank tak nak luluskan.
"Saya explain lagi bahawa gaji saya kecil, belum tentu bank boleh lepas. Sebab gaji saya kecil, saya ambil Kancil. Terus dia potong cakap dan minta husband tolong bayar. Susah saya nak explain," ceritanya lagi.
Tambahnya, ketika dia mencadangkan agar birasnya membeli kereta terpakai dengan wang di dalam akaun simpanannya, wanita itu bagaimanapun membantah cadangan tersebut.
Wanita ini diminta buat pinjaman kereta oleh biras yang bekerja freelance dan tidak layak mohon loan sendiri.
Ketika itu, wanita tersebut masih baru berkahwin dan menanggung hutang sendiri termasuk kereta dan pinjaman pelajaran.
Walaupun biras ada simpanan RM40,000, dia enggan guna duit sendiri dan menyuruh wanita itu minta suami bantu bayar pinjaman.
Wanita itu menolak permintaan dengan baik, namun tetap difitnah selepas itu.
Netizen memuji ketegasannya, dan ramai berkongsi pengalaman serupa apabila dipujuk jadi penjamin atau buat loan untuk saudara.
"Sayang duit katanya. Saya senyum sajalah. Nasib kuat menolak permintaan dia.
"Tapi lepas tu, macam-macam fitnah yang keluar. Nasib jiwa akak kental, walaupun hampir mental," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, warga maya memuji ketegasannya kerana berani berkata tidak, walaupun berdepan desakan daripada keluarga terdekat.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman hampir sama, apabila dipujuk atau 'dipaksa' menjadi penjamin selain diminta membuat pinjaman atas nama sendiri bagi pihak saudara-mara.

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Memang tak perlulah bagi sebab nanti kita juga yang kena blacklist.
"Kawan baik minta kad pengenalan untuk jadi penjamin. Nak buat loan kereta. Dia cakap bukan pinjam duit pun. Katanya husband dia kena blacklist. Nasiblah saya bijak dan menolak.
"Sis kita kena kental, tolak je sehalus angin," demikian antara komen netizen.


