TUGAS sebagai penghantar barangan atau makanan pastinya berdepan dengan pelbagai ragam manusia.
Di Thread seorang wanita berkata dia pernah diminta untuk memulangkan wang yang diberikan sebagai tip ketika membuat penghantaran bagi kaedah pembayaran tunai semasa serahan (COD).
Ketika itu pelanggan yang juga seorang wanita bermurah hati memberikan tip sebanyak RM11.
Jumlah itu ialah baki yang sepatutnya dipulangkan selepas dia menerima duit not RM50 bagi barangan berharga RM39.

Ramai yang memilih untuk meluahkan masalah berdepan pelanggan di media sosial. -Gambar hiasan
"Masa tu saya minta seorang pakcik yang ada dekat garaj tolong panggilkan pelanggan.
"Selepas dia hulur RM50, saya beritahu tunggu sekejap sebab nak pulangkan baki. Tapi dia suruh ambil je.
"Saya katakan banyak sangat, tapi dia berkeras suruh ambil je. Saya cakap terima kasih," katanya memulakan cerita.
ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja kurier gelabah pelanggan COD ‘complain’ baki tak cukup, risau amanah kerja - “Aku bukannya berkira cuma nak tahu”
ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan beli barang COD pergi bercuti, suruh abang kurier buka pagar... Lega dah siap tinggal duit - “Baki RM4 saya sedekah”
Namun sebaik sahaja dia mahu melangkah masuk ke kereta, lelaki tadi bingkas memanggilnya dan bertanya tentang duit baki yang diberikan sebagai tip itu.
Apabila mengetahui jumlahnya, pakcik berkenaan terus memanggil pelanggan yang baik hati tadi supaya mengambil semula wang tersebut.
Tanpa banyak soal, wanita itu akur dan menyerahkan semula duit baki sambil mengukir senyuman walaupun terasa sedikit terkilan.
- Seorang wanita berkongsi pengalaman tak dijangka ketika menghantar parcel COD bernilai RM39.
- Pelanggan wanita hanya bertuala dan beri RM50, sambil minta wanita itu simpan baki RM11.
- Namun seorang pakcik di porch tiba-tiba panggil semula dan suruh pulangkan baki tersebut.
- Walaupun rasa terkilan, wanita itu tetap senyum dan pulangkan baki tanpa banyak soal.
- Ramai netizen beri pelbagai reaksi, ada yang sokong sikap tenangnya dan ada yang berseloroh.
"Dia tanya saya berapa baki COD tu. Saya jawab RM11, pakcik nak semula ke? Laju je dia suruh customer tadi ambil baki. Saya pulangkan baki dan senyum je.
"Saya tak pasti apa hubungan pakcik tu dengan pelanggan. Mungkin pelanggan tu isteri, anak atau cucu. Muka tak jelas sebab dia tutup pakai tuala," ujar individu berkenaan.
Kisah ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menyokong tindakan wanita itu yang tetap tenang.

Komen netizen di Thread.
Dalam pada itu, ada juga yang berseloroh dengan situasi tersebut dan memberi cadangan sekiranya ia berlaku lagi.
"Kalau jadi lagi, cakap je okay pakcik... nah ambil ni saya sedekah. Pelanggan tadi dapat pahala, awak pun dapat juga. Biar pakcik tu melopong.
"Tak mengapa la sebab pakcik tu minta. Sedekah la dekat dia je. Ada la rezeki awak dekat tempat lain. Mungkin dia nak beli rokok tu," komen beberapa netizen.


