Jurulatih peribadi itu dikatakan cuba mengambil kesempatan terhadap salah seorang pelanggannya. -Gambar hiasan
HASRAT seorang wanita untuk bersenam demi menjaga kesihatan di gimnasium terbantut apabila dia mendakwa diganggu jurulatih peribadi (personal trainer).Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, segalanya bermula apabila lelaki berkenaan menawarkan servis jurulatih percuma kepadanya setiap kali dia berkunjung ke pusat kecergasan tersebut. "Seperti gimnasium yang lain, kalau nak ambil personal trainer kena bayar ekstra. Tapi trainer ni approach dan offer untuk guide aku secara percuma," katanya memulakan perkongsian di media sosial.Gimnasium merupakan pusat sukan yang terbuka kepada golongan lelaki dan wanita. -Gambar hiasan AIBercerita lanjut, pengadu akui berasa rimas dengan sikap jurulatih peribadi itu yang suka 'berkepit' ketika sesi latihan.Menyifatkan sebagai seorang introvert, wanita itu berkata dia lebih suka berlatih seorang diri sambil mendengar lagu yang menjadi sumber ketenangan buatnya."Dia ni boleh tahan annoying juga. Setiap apa yang aku buat, mesti dia akan tegur."Padahal kebanyakan masa aku berlari atas treadmill je, itu pun salah katanya. Dia kata, kalau nak cepat dapat result, kena ikut petua exercise dia seperti weight lifting, sit up dan banyak lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Padah ikut kenalan baru gimnasium balik rumah, warga asing cedera diliwatARTIKEL BERKAITAN: Dahsyat gangguan lelaki nafsu songsang! Kuat mendesak, hantar foto tak senonoh... Jurulatih kecergasan tukar kerjaya"Dia pun minta aku WhatsApp dia je kalau nak datang gym. Kami pun bertukar nombor satu sama lain," kongsi wanita itu lagi.Tambah wanita berkenaan, dia sama sekali tidak menyangka tindakannya itu bakal mengundang padah.Saban hari 'warna' sebenar lelaki berkenaan makin terdedah termasuk sikap buruknya yang mahu mengambil kesempatan."Masa tu, aku ingat tak salah pun, sekadar tukar nombor je. Hakikatnya, lelaki macam ni, selagi dia tak dapat apa yang dia nak, selagi itu lah dia tak akan berhenti."Tapi, satu benda yang aku rasa red flag, dia punya bau badan... sangat turn off ye.Seorang jurulatih peribadi di gim kerap menawarkan sesi bimbingan percuma kepada seorang pelanggan wanita.Rupa-rupanya, dia memiliki makna yang tersirat di sebalik layanan yang diberikan.Selain meraba pelanggannya, dia mengeluarkan perkataan lucah dengan harapan disambut.Merasa terganggu, wanita itu memutuskan berhenti berurusan di pusat bina badan berkenaan. Bagaimanapun, dia tidak mampu membuat laporan polis kerana kekurangan bahan bukti.Sebagai jalan akhir, dia sanggup menghabiskan wangnya secara bulanan kerana telah menandatangani kontrak perjanjian selama setahun di situ.Ringkasan ini dijana oleh AI"Paling aku tak selesa, dia dah mula pegang-pegang. Masa dia suruh aku buat sit up, sambil pegang kaki aku, dia cakap... saya nak bibir tu," dakwa wanita itu lagi.Enggan terus diganggu jurulatih berkenaan, pengadu berkata dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berkunjung ke gim itu."Sejak hari tu, aku berhenti pergi sana. Dah la baru dua minggu, aku pula dah sign kontrak setahun."Sekarang dah tak boleh tamatkan keahlian. Aku rela rugi RM150 sebulan selama satu tahun daripada kena sexual harrasment macam tu," ujarnya.Reaksi netizenDisebabkan tiada bukti kukuh, wanita itu hanya mampu berdiam diri tanpa membuat sebarang aduan.Bagaimanapun menerusi ruangan komen, netizen menitipkan pesanan agar wanita tersebut memberanikan diri untuk mendedahkan perkara sebenar."Sepatutnya awak kena pandai pasang perangkap. Borak-borak, sambil record perbualan guna telefon. Tu pun boleh jadi bahan bukti."Lelaki tu mesti anggap awak jenis open-minded. Beritahu dekat trainer lain, orang percaya ke tak belakang kira."Complain dulu atau tegur secara direct, kata awak tak suka. Jangan diam je, tak ada siapa yang tahu," demikian antara nasihat warga maya.