Kita disarankan memilih pasangan dengan teliti untuk mengelakkan timbulnya masalah kelak. -Gambar hiasan
BIARPUN sudah membawa haluan masing-masing dan memulakan kehidupan baharu, namun tidak dinafikan pasti timbul pelbagai perasaan apabila mengetahui bekas kekasih bakal melangsungkan perkahwinan.Begitu juga individu ini, namun perasaan yang hadir bukan cemburu tetapi lebih kepada rasa bersalah dan bimbang. Menurut individu berkenaan, dia mengetahui rahsia besar bekas pasangannya itu dan khuatir lelaki berkenaan akan merosakkan masa depan calon isterinya jika meneruskan perkahwinan. Setiap individu ingin bertemu jodoh dengan pasangan yang baik. -Gambar hiasan"Ex-partner aku dah nak kahwin, bakal suri hati dia aku kenal. Aku tahu ex-partner tu biseksual. Segala isteri, suami, pakcik dia rembat. Aku risau bakal bini dia je."Perlu ke aku bagitahu bakal isteri dia, aktiviti dekat luar dia? Tolong aku, aku kesian dekat bakal bini dia je. Dia pergilah mamp*s," tulisnya dalam satu hantaran di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Suami mengaku biseksual, suka lepak dengan kawan sejenis... Isteri sabar sebab nafkah zahir batin ‘A’ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gay tak kisah nikah wanita tangkap muat! Cerai tak sampai setahun, bekas isteri masih dara tak pernah disentuhIndividu itu menambah, tabiat bekas pasangannya itu yang 'ligat' dalam aktiviti seks menjadi antara sebab dia nekad untuk memutuskan hubungan mereka."Aku setia, jadi break sebab aku tak boleh ubah tabiat dia. Ingatkan masa break dia nak berubah, tapi masih macam dulu," luahnya.Individu tersebut menambah, niatnya untuk membuat pendedahan kepada wanita yang bakal menjadi isteri bekas pasangannya itu hanyalah bertujuan untuk menyelamat masa depannya, dan langsung tidak didasari niat jahat.Seorang lelaki dilema sama ada perlu dedahkan rahsia bekas pasangannya yang biseksual kepada bakal isteri lelaki itu.Dia risau kerana bekas kekasihnya sangat aktif terlibat hubungan seks bebas.Hubungan mereka dahulu putus kerana dia tidak tahan dengan tabiat seksual bekas pasangannya itu.Dia menafikan dirinya cemburu, sebaliknya hanya mahu selamatkan masa depan bakal isteri bekas pasangannya itu.Netizen menyokong agar perkara sebenar diberitahu demi lindungi wanita berkenaan daripada risiko hubungan toksik dan penyakit.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya tak cemburu. Untuk apa, kalau kehidupan dia pun terkontang kanting. Diorang tak kahwin lagi. Baru bertunang dan rancang kahwin sepatutnya April 2026. "Tapi lelaki tu nak percepatkan. Sebab tu saya rasa macam something fishy," tulisnya lagi.Dalam hantaran berasingan, individu tersebut berkata dia sudah pun mengatur pertemuan dengan wanita berkenaan dalam waktu terdekat.Di ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang bercampur dengan ada yang berpendapat dia tidak berhak mencampuri urusan orang lain.Sebahagian daripada reaksi netizen.Namun rata-ratanya menyokong tindakan wanita tersebut kerana berpandangan bakal isteri bekas pasangannya perlu diberitahu perkara sebenar."Kena bagitahu. Sebab takut dia akan merosakkan anak dara orang. Dia bakal menjangkitkan penyakit kelamin pada orang lain,"Bayangkan kalau kakak adik perempuan kita yang terkena. "Kalaulah saya perempuan tu, saya akan bersyukur kalau awak jujur padanya. Risiko sangat besar untuk dia sebab dapat lelaki kaki celup," demikian komen netizen.