ADA yang beranggapan anak dara tua akan menerima pinangan sesiapa sahaja meskipun duda berpencen.Dek kerana andaian itu juga seorang wanita yang masih belum berkahwin cuba dijodohkan dengan pesara guru yang kematian isteri. Mengimbau kenangan ketika usianya 39 tahun, dia yang dikenali sebagai Fatiha berkata segalanya berpunca daripada rakan baik ibunya.Membesarkan anak yang masih kecil bukanlah tugasan mudah. -Gambar hiasan"Kawan mak nak kenalkan aku dengan seorang duda kematian isteri, ada anak tiga orang dan merupakan cikgu pencen."Kawan mak aku bagi alasan yang cikgu tu nak kahwin sebab dia mahu tambah anak lagi," kongsi wanita ini laman Thread.Setelah mengetahui hasrat duda berkenaan, wanita itu cuba membayangkan kemungkinan yang bakal berlaku jika dia bersetuju untuk berkahwin.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 'fed up' lepas balik dari Jepun, sana sini borak pasal kahwin macam dah tak ada topik lain... Jodoh lambat pun nak risauARTIKEL BERKAITAN: Guru lawat rakan sejawat pencen awal, kagum lihat kehidupannya kini - “Di sekolah tak ramai kawan, pengurusan tak suka”Menurutnya, pada masa tersebut berkemungkinan dia sudah memasuki usia 40 tahun manakala guru terbabit 60 tahun."Kalau kahwin hari ni, umur 40 tahun aku beranak (bersalin), cikgu tu dah 60 tahun."Larat lagi ke nak bangun tukar lampin anak, berjaga malam kalau anak demam bagai?" ajunya dalam diri sendiri.Fatiha, 39, mahu dijodohkan dengan duda guru pencen 60 tahun.Duda mahu kahwin untuk tambah anak.Fatiha bayang susah jaga bayi bila suami dah berumur.Dia tolak pinangan, kirim salam saja.Netizen sokong keputusan, ingatkan cabaran usia dan kewangan.Ringkasan ini dijana oleh AISusulan daripada itu, dia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hajat rakan ibunya.Bukan itu sahaja, dia secara sinis meminta supaya rakan ibunya menghantar kiriman salam buat guru terbabit."Aku cakap kat member mak aku tu, kirim salam je dekat cikgu tu... not interested at all," tambahnya.Warga maya turut mempersoalkan kewajaran guru pencen itu yang ingin menambah anak di usia 60 tahun.Di ruangan komen, warga maya memujinya kerana tidak bertindak melulu dengan menerima sesiapa sahaja menjadi pasangan hidup."Suruh kawan mak awak tu je yang kahwin dengan cikgu pencen tu, tahniah sis buat keputusan yang bijak."Cikgu tu sanggup ke kerja lagi 20 tahun nak menyara anak? Sampai 80 tahun, kena fikir nanti anak tu pula akan susahkan keluarga."Aku dapat anak masa umur 37 tahun, suami 45 sebab kahwin lambat. Memang struggle apabila masing-masing berumur dan tiba-tiba ada baby," demikian reaksi warga maya.