suria

Guru lawat rakan sejawat pencen awal, kagum lihat kehidupannya kini - “Di sekolah tak ramai kawan, pengurusan tak suka”

Segelintir individu mengambil keputusan untuk pencen awal kerana mahu meluangkan masa bersama keluarga. -Gambar hiasan

BENARLAH, wang tidak mampu membeli kebahagiaan.

Meskipun begitu, tanpa disedari, ramai dalam kalangan kita yang terlalu mengabdikan diri kepada pekerjaan sehingga keluarga dan insan kesayangan terabai.

Sudahlah banyak masa dihabiskan di pejabat, waktu yang sepatutnya diluangkan untuk keluarga pula diisi dengan aktiviti 'mengeteh' atau bersosial dengan rakan-rakan kerana tidak mahu dilabel kera sumbang, 'queen control' dan sebagainya.

Bagaimanapun perkongsian kisah oleh seorang individu ketika menziarahi bekas rakan sekerja, benar-benar membuka matanya mengenai erti sebenar sebuah kebahagiaan.

pencen 2

Anak-anak adalah harta yang tidak ternilai jika dibandingkan dengan wang ringgit. -Gambar hiasan

"Pergi melawat rakan guru yang dah pencen dua tahun. Nampak dia happy sangat dengan life dia. Masa dekat sekolah dulu dia tak ramai kawan, pengurusan pun tak suka.

"Orang ajak pergi mana-mana, dia tak join. Habis sekolah terus balik rumah. Anak-anak dia semua cemerlang.

"Sebagai seorang guru yang hampir 25 tahun lagi muda daripada dia, saya minta satu nasihat yang paling penting (daripadanya)," ujar individu berkenaan.

Bagaimanapun kata individu itu, sebelum pertanyaannya dijawab, bekas rakan sekerjanya yang mesra dipanggil 'Haji' itu bertanya beberapa soalan kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami baru pencen angau bercinta, beli motor harga ratus ribu angkut makwe! Hajat isteri nak pergi umrah langsung tak dilayan

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan gopoh buka restoran guna duit pencen, nanti menyesal! Ada cara lain jana ‘income’ selepas bersara, lebih selamat

Antara soalan yang ditanya oleh lelaki separuh abad itu adalah jawatan-jawatan yang pernah disandangnya sebelum bersara dan tempoh yang diambil oleh pihak pengurusan sekolah untuk mencari penggantinya.

Biarpun mempunyai jawapan terhadap setiap soalan yang diajukan oleh Haji, namun individu itu masih tidak mampu menghadam inti pati mesej yang cuba disampaikan.

Haji itu kemudian menyambung, "Awak tahu kan saya ada seorang isteri, enam orang anak, tiga orang abang dan adik, kedua ibu bapa dan beberapa lagi saudara yang masih hidup.

"Jika saya meninggal atau pencen, orang atasan boleh gantikan saya pada bila-bila masa. Anak murid mungkin akan doakan saya untuk beberapa tahun kemudian mereka akan lupa. Kawan-kawan pun akan lupakan kita.

"Tapi lain pula cerita dengan keluarga saya. Saya boleh diganti dengan guru lain dalam beberapa hari, tapi berapa tahun yang diperlukan isteri untuk cari suami baru, anak-anak dapat ayah baru, ibu bapa cari anak baru?

"Guru memang boleh diganti tetapi lain ceritanya bagi ahli keluarga," demikian jawapan yang diberikan.

Dah lapan bulan saya resign. Alhamdulillah tenang hati dan jiwa. Setiap hari tengok anak membesar, jaga mak, jaga suami.

NETIZEN

Tambah individu berkenaan, Haji turut memetik sepotong hadis Rasulullah untuk memberi kefahaman yang jelas kepadanya.

"Apabila matinya anak Adam, terpisahlah segala hubungannya dengan dunia kecuali tiga perkara; anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat serta amal dan sedekah jariah.

"Berilah perhatian yang penuh untuk mendapatkan anak yang soleh kerana itu tanggungjawab kamu.

"Nasihat saya adalah, utamakan keluarga sendiri lebih daripada pekerjaan," demikian kongsinya mengimbas kembali perbualan dengan Haji.

pencen 3

Keluarga adalah antara salah satu sebab mendorong seseorang mengambil keputusan untuk pencen. -Gambar hiasan

Perkongsian individu tersebut yang dimuat naik oleh satu akaun TikTok, mengundang perhatian warga waya yang turut bersetuju dengan pandangannya.

"Tiga orang officemates aku meninggal... sekejap je bersedih. Lepas seminggu dah lupa dah.

"Dah lapan bulan saya resign. Alhamdulillah tenang hati dan jiwa. Setiap hari tengok anak membesar, jaga mak, jaga suami.

"Resign sebab terlalu berkorban untuk company. Dan sekarang walaupun cukup duit cukup-cukup makan, tapi happy bersama keluarga," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain