Tidak dinafikan ada segelintir individu yang menipu demi mendapatkan sijil cuti sakit. -Gambar hiasan
HARI cuti sememangnya masa yang ditunggu-tunggu untuk merehatkan tubuh badan dan fikiran selepas penat bekerja.Namun ia pasti terganggu jika pada hari berkenaan anda menerima mesej serta panggilan daripada kenalan yang bertanyakan hal remeh. Itulah situasi yang sering dihadapi seorang individu, dipercayai petugas di sebuah klinik, yang meluahkan rasa rimas apabila 'diganggu' kenalan semata-mata kerana mahu meminta sijil cuti sakit (MC). Sebahagian tangkap layar (screenshot) mesej yang dikirim kenalan individu tersebut."Cuti aku, waktu aku tidur diganggu dengan soalan macam ni. Sikit-sikit sudahlah, jika melebih siapa nak layan? Annoying tahu tak. Apa kata kamu hubungi sendiri tempat tu?" tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.Menurut individu tersebut, tempat dia bekerja merupakan klinik panel kepada syarikat kenalannya itu, sekali gus dia sering menjadi 'mangsa' untuk memberi informasi mengenai doktor bertugas bagi memudahkannya mendapat cuti sakit.ARTIKEL BERKAITAN: Buat video show off selepas rakan ikut bercuti, tapi tak ada ‘common sense’ hulur duit minyak - “10 jam perjalanan, siap hantar seorang demi seorang balik rumah”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita serik bercuti dengan rakan... Selamba bogel dalam bilik jalan ke hulu, ke hilir! 'Rosak' pemandangan indah"Dia panel, tak perlu bayar pun dan senang dapat MC. Saya faham je kalau dia nak dapat layanan atau rawatan terbaik daripada doktor."Tapi kalau setiap berapa jam, berapa minggu nak tanya macam ni, bengang jugalah. "Saya ada je cakap dekat dia, call je klinik. Sebab saya bukan setiap masa dekat klinik apabila dia tanya. Dah suruh call klinik, tak mahu. Nak tanya kita juga," tulisnya lagi.Seorang petugas klinik meluahkan rasa rimas diganggu kenalan ketika hari cuti.Kenalannya sering bertanya mengenai doktor bertugas untuk memudahkannya mendapat MC.Individu tersebut sudah menasihatkan kenalannya supaya terus hubungi klinik, tapi tidak diendahkan.Gangguan berlaku berulang kali walaupun mesej dan panggilan sengaja diabaikan.Netizen beri sokongan dan mencadangkan supaya individu itu menyekat saja kenalan yang menyusahkan.Ringkasan ini dijana oleh AIBiarpun sudah beberapa kali dia sengaja mengabaikan mesej serta panggilan kerana enggan melayani perkara remeh seperti itu pada waktu cuti, namun kenalannya seolah-olah tidak memahami 'isyarat' yang cuba disampaikan.Menerusi hantaran tersebut juga, dia memuat naik beberapa imej tangkap layar (screenshot) 'siri gangguan' yang diterima daripada kenalannya itu. Di ruangan komen, warga maya tampil dengan pelbagai reaksi dan saranan kepada individu berkenaan bagi mengatasi situasi yang dihadapinya. Antara komen dan reaksi warga maya terhadap perkongsian tersebut."Pernah kena macam ni, auto block. Tak kira member atau pun tidak. Yang kena block tu tiap kali nak datang, time kita offday."Aku pun kerja klinik, beginilah kalau orang dah start tahu. Paling tak boleh tahan nak suruh aku minta doktor buat surat mengatakan dia tak boleh buat kerja berat."Kalau aku pun semak. Setakat sekali dua tanya okay lagi. Ini jenis tak reti bahasa, tak payah reply banyak, block terus je," demikian antara komen netizen.