Anak lelaki sering menjadi harapan dan tempat bergantung keluarga biarpun sudah berkahwin. -Gambar hiasan
ANAK lelaki sering dianggap sebagai tonggak dan harapan keluarga. Namun dalam sesetengah situasi, peranan tersebut diambil kesempatan oleh keluarga sendiri sehingga membebankan si anak, sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang wanita di laman sosial. Menerusi perkongsian tersebut, wanita itu berkata suaminya sering dijadikan sasaran untuk menjadi 'pemandu keluarga' terutamanya apabila perlu melakukan perjalanan jauh.Campur tangan mentua boleh menjadi punca pasangan berselisih faham. -Gambar hiasan"Apa rasanya apabila suami korang jadi orang penting dalam family dia? Adik-beradik lain ada je tapi duduk jauh. Jadi yang dekat inilah kena jadi hamba," luahnya.Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, situasi tersebut bukan perkara baharu kerana ia berlaku sejak awal perkahwinan mereka lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Anak baru kahwin serba salah dengan suami... Ibu suka berkemban, tak pakai coli di rumah! Susah nak tegur sebab dah selesa, terbiasaARTIKEL BERKAITAN: Anak mahu tutup bisnes, nak ikut suami pindah! Serba salah fikir bapa hilang gaji RM4,000, susah cari kerja lain sebab dah tuaPengadu turut berkongsi peristiwa yang membuatkan dia benar-benar terkilan, iaitu ketika masih dalam tempoh berpantang namun tetap diajak menyertai rombongan ke majlis perkahwinan ahli keluarga mentuanya di utara tanah air.Walaupun masih belum pulih sepenuhnya, mereka terpaksa berhimpit di dalam sebuah kereta untuk perjalanan yang mengambil masa sekitar lima hingga enam jam. Seorang wanita meluah rasa kecewa kerana suaminya selalu dipergunakan oleh keluarga sendiri.Suaminya jadi ‘sasaran’ setiap kali keluarga mahu berjalan jauh.Situasi itu berlaku sejak awal perkahwinan mereka lagi.Dia dan suami terpaksa mengikut kehendak mentua biarpun ketika masih dalam pantang, sehingga berhimpit dalam kereta berjam-jam.Lebih terkilan, mentuanya pernah menarik muka apabila dia dan suaminya pernah menolak hasrat mereka. Ringkasan ini dijana oleh AI"Memang kena berhimpit lima orang dalam kereta iaitu suami, bapa mentua, ibu mentua, adik ipar dan aku dekat belakang."Aku dah cakap tak nak pergi sebab masih dalam pantang. Suami pula kalau aku tak pergi, memang dia tak pergi. Jadi kalau suami tak pergi, maka satu rumahlah tak boleh pergi sebab memang harapkan suami aku je yang memandu."Apabila suami aku beritahu tak boleh pergi, mentua terus palau aku. Siap tarik muka, bertegur pun tak nak. Terpaksalah aku pergi. Tapi itulah, pengorbanan aku tak dihargai juga."Ni dengar-dengar mentua nak ajak berjalan rumah abang ipar pula... kali ni memang aku tak nak pergi," ujarnya. Sebahagian daripada komen warga maya.Di ruangan komen, pelbagai reaksi dilontarkan warga maya dengan ramai yang berkongsi pandangan berdasarkan pengalaman masing-masing."Apabila suami awak tak pernah menolak ajakan parents dia, jadi macam inilah."Suruh suami bertegas, kalau mentua palau, baguslah. Lepas ni mereka takkan minta suami awak jadi pemandu lagi. "Pentingkan diri sikit. Better buat macam tu sebab kalau awak ikutkan saja, mereka tetap tak jaga hati awak," demikian antara komen netizen.