Kecuaian di jalan raya, yang sering berpunca daripada kelalaian manusia, membawa kepada pelbagai kesan negatif yang serius. -Gambar hiasan AI
STIGMA masyarakat terhadap golongan bermotosikal sering kali dipandang negatif, malah label 'mat rempit' seolah-olah sudah sebati meskipun tanpa usul periksa.Namun, sedarkah kita bahawa kata-kata cacian yang dilemparkan tanpa fakta boleh mengguris hati mangsa yang sedang menanggung derita?Itulah perkongsian sayu sukarelawan orang kelainan upaya (OKU) yang menceritakan semula detik pertemuan dengan seorang pemuda yang terlibat dalam kemalangan ngeri.Menurut sukarelawan itu, seorang warga emas yang berada di lokasi kejadian bertindak menegur mangsa dengan nada menghina selepas melihat kecederaan teruk pada bahagian muka pemuda tersebut.Bukan semua golongan bermotosikal adalah mat rempit. -Gambar hiasan AI "Dia tanya kenapa, pemuda tu jawab kemalangan. Terus pakcik tu kata... merempit la tu. Budak-budak sekarang apa nak jadi? Menyusahkan mak ayah je."Pemuda tu jawab... dekat simpang, ada kereta langgar lampu merah dan langgar saya. Kaca pecah masuk mata saya. Lagi seminggu saya nak daftar masuk maktab," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: Matang, kewangan stabil tapi masih solo! Pemuda serba sempurna pelik mat rempit lebih laris, mudah jumpa jodohARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan tingkatan 4 kemaruk cinta mat rempit! Memberontak kemahuan dihalang ibu bapaTersentak dengan penjelasan itu, warga emas berkenaan hanya mampu mendiamkan diri tanpa sekelumit permohonan maaf."Lama baru dia cakap... pakcik tak tahu. Kata maaf pun tiada. Mulut lagi laju dari akal agaknya," katanya.Jelas sukarelawan itu, pemuda berkenaan bagaimanapun tidak dapat meneruskan hasrat ke maktab akibat kesan kemalangan tersebut."Dia tak jadi masuk maktab tapi masuk Pusat Latihan Orang Buta di Brickfields, Kuala Lumpur. Dia belajar mengurut," katanya.Golongan bermotosikal sering dilabel sebagai mat rempit oleh masyarakat.Seorang sukarelawan berkongsi kisah pemuda yang disalah anggap selepas kemalangan.Warga emas menuduh pemuda itu merempit tanpa mengetahui keadaan sebenar.Pemuda terbabit sebenarnya mangsa kemalangan dirempuh kereta langgar lampu merah.Perkongsian itu mengundang perbincangan netizen mengenai sikap cepat menghukum.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang sebahagian besar mengakui masyarakat mudah menghukum golongan bermotosikal sebagai mat rempit."Adik saya kemalangan macam tu la. Mat rempit langgar dia, orang cakap dia rempit sekali. Padahal masa tu dia baru balik dari kerja."Kalau tiada benda elok nak cakap, lebih baik diam. Moga cepat sembuh hendaknya," komen warga maya.