IBU bapa biasanya akan berdepan cabaran lebih besar apabila anak-anak mereka mula menginjak ke usia remaja.
Dalam fasa ini, segelintir anak mula memberontak, melawan dan enggan lagi mendengar nasihat orang tua.
Di Thread, seorang ibu turut meluahkan rasa risau apabila anak tirinya mula berubah sikap.

Ibu bapa perlu sentiasa memantau aktiviti anak-anak. -Gambar hiasan
Menurut pengadu, remaja perempuan berusia 16 tahun itu marah apabila hubungan percintaannya dihalang.
"Keputusan aku dan suami tak bagi anak couple menyebabkan dia memberontak dan melawan. Dah empat hari dia tak minta maaf atau mengaku silap sendiri.
"Budak yang dia kemaruk tu lelaki kaki motor, ponteng-ponteng sekolah," tulis wanita itu.
- Anak memberontak selepas hubungan cinta dihalang.
- Remaja berusia 16 tahun itu enggan meminta maaf.
- Ibu tiri risau kerana prestasi akademik terjejas.
- Kaunseling sudah dilakukan namun masalah masih berlarutan.
- Netizen beri cadangan untuk si ibu cari jalan penyelesaian.
Menurutnya lagi, dia dan suami sudah melakukan yang terbaik, namun masalah itu bagaikan tidak berkesudahan.
"Sebagai ibu aku risau. Walau anak tiri, aku sayang sebab 10 tahun aku jaga, amanah arwah pada aku.
"Tapi tu la, anak dah rasa dia besar, sanggup belakangkan orang tua. Kaunseling done, tapi macam sama.
ARTIKEL BERKAITAN: Jurulatih sekolah memandu hamun remaja perempuan, panggil bodoh tak pandai bawa kereta - “Cikgu di sebelah buka TikTok live”
ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak remaja buat ibu macam hamba dalam rumah... Teguran suruh buat kerja dibalas sepak terajang!
"Slow talk sudah, sebab buat macam kawan la dia berani buat lagi," luah wanita itu lagi.
Tambahnya, keputusan akademik anak tirinya juga merosot apabila remaja itu gagal lima subjek dalam peperiksaan.
Di ruangan komen, ramai netizen memberi pandangan dan nasihat kepada wanita itu dalam menyelesaikan krisis membabitkan anak tirinya.

Segelintir remaja terjebak aktiviti tidak sihat gara-gara pengaruh rakan sebaya. -Gambar hiasan AI
Pada masa sama, netizen turut memuji wanita itu yang sangat prihatin dan cakna terhadap masa depan anak tirinya.
"Ini bukan sebab awak mak tiri. Memang fasa anak memberontak. Terus kuat dan berdoa.
"Cuba guna air penerang hati. Pergi jumpa imam atau perubatan Islam.
"Istiqamah bangun tahajud minta doa Allah lembutkan hati anak," pesan beberapa netizen.


