BAGI mereka yang pernah tinggal di asrama, pasti banyak kenangan suka dan duka yang kekal diingati sehingga ke hari ini.
Di Thread, seorang wanita turut berkongsi kisah mengenai pelajar baharu yang berkelakuan pelik selepas mendaftar masuk ke asrama.
“Tiba-tiba teringat zaman asrama dulu. Satu hari tu, warden cakap akan ada pelajar baru masuk bilik. Rommate barulah, kita pun okey je.

Anak luar nikah juga berhak diberi peluang untuk hidup. -Gambar hiasan
“Dalam bilik ada katil double decker. Saya memang dari awal pilih katil bawah sebab malas nak panjat ke atas hari-hari.
“Roommate baru ada bertanya, dia nak tukar duduk katil bawah. Katil bawah saya dah duduk lama. Jadi saya cakap tak boleh,” ujarnya memulakan cerita.
Menurut wanita itu, pelajar tersebut akur dengan keengganannya bertukar tempat tidur.
- Wanita teringat kisah zaman asrama bersama rakan sebilik baharu.
- Wanita itu enggan tukar katil bawah dengan pelajar tersebut.
- Pelajar itu suka tidur di lantai pada waktu malam.
- Pelajar baharu tiba-tiba menghilang dari asrama.
- Penghuni yang lain akhirnya dimaklumkan pelajar itu hamil.
Namun pada waktu malam, dia melihat pelajar itu membawa tilamnya turun dan tidur di atas lantai.
Imbasnya lagi, pelajar itu kemudiannya menghilang sehinggalah mereka menerima khabar mengejutkan daripada warden.
“Dia angkut tilam sendiri, bentang dan tidur atas lantai. Dia duduk asrama pun tak lama. Lepas beberapa hari, dia hilang. Kami semua risau.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong, saya takut” - Gadis gelabah hamil luar nikah, ramai suruh terus buka buku pink
ARTIKEL BERKAITAN: “Buat sekali je, tak sangka pregnant” - Doktor terkedu dengar jawapan remaja hamil luar nikah
“Suatu hari, warden panggil kami. Warden cakap roommate kami tu dah bersalin. Mak dia baru inform. Dia pun nak berhenti belajar.
“Patutlah dia sanggup tidur kat lantai, tak nak panjat katil, rupa-rupanya, sebab sarat,” imbas wanita itu.
Tambahnya lagi, dia dan rakan-rakan yang lain tidak pernah menyangka pelajar itu hamil memandangkan tubuhnya kelihatan biasa sahaja.

Ibu bapa perlu sentiasa memantau anak-anak dan menasihati mereka agar menjaga batas pergaulan. -Gambar hiasan
“Tak ada sesiapa syak apa-apa sebab berbadan besar juga. Zero clue. Kisah tu sampai sekarang dalam ingatan.
“Kadang-kadang, ada orang tu kita jumpa sekejap saja, tapi kesian dia lama dalam memori,” tulisnya lagi.
Wanita itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia berlaku di asrama sekolah atau institusi pengajian lain.


