suria

Bapa naik syahwat tengok zuriat sendiri! Rupanya anak gadis kerap sembur minyak wangi, pakai baju isteri masa muda-muda

Kebanyakan ibu gemar berkongsi barangan peribadi dengan anak perempuan mereka. -Gambar hiasan

PENGAKUAN seorang bapa yang bimbang tentang perasaannya apabila melihat anak perempuan sendiri kerana dikatakan saling tak tumpah dengan wajah isteri ketika muda mengundang pelbagai reaksi netizen.

Meskipun ramai yang mengkritik dan melemparkan pandangan negatif, namun seorang wanita melihat pendedahan itu sebagai sesuatu yang harus diambil pengajaran.

Dia kemudian berkongsikan kisah sendiri yang dihalang menggunakan barang peribadi ibunya.

"Baru aku faham kenapa mak aku tak bagi pakai barang dia atau benda yang sama," tulisnya ringkas.

Tangkap layar daripada perkongsian wanita itu di Thread.

Menerusi hantaran di laman Thread, wanita itu berkata, pada awalnya dia menyangkakan ibunya seorang yang kedekut dan enggan berkongsi barang.

Namun selepas membaca luahan seorang lelaki bergelar bapa itu, dia mula memahami tujuan sebenar larangan ibunya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak baru meninggal, saudara-mara minta baju dan beg tangan arwah... Anak terkilan ramai tiada empati - “Semua tu ada nilai sentimental”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami buat segalanya kecuali penetrasi” - Gadis 17 tahun digoda kawan ayah, diperdaya jadi pemuas nafsu orang tua!

Hantaran ringkas dibuatnya itu turut mengundang pelbagai reaksi warga maya, namun ramai yang menyatakan ia perkara biasa antara seorang ibu dan anak perempuan.

Warga maya lebih tertumpu kepada tulisan seorang bapa yang mengaku berdepan krisis tatkala memandang wajah anak sendiri hingga mendatangkan syahwat.

Kerana itu juga si bapa berkenaan berkata dia mula meletakkan jurang dengan anak gadisnya bagi mengelak sebarang perkara buruk berlaku.

  • Bapa risau anak mirip isteri cetus kontroversi.
  • Larangan ibu kongsi barang peribadi akhirnya difahami dengan baik.
  • Netizen bahas isu batas dan kawalan nafsu.
  • Ada keluarga tegas elak kongsi pakaian atau wangian.
  • Barang peribadi perlu kekal hak individu.

"Ramai je mak dan anak kongsi barang, elok je bapanya. Tak ada pula naik syahwat kat anak... lagi bangga sebab anak dah besar ikut sifat dan kecantikan mama.

"Ada orang, anak perempuan sebiji muka isterinya, tak ada pun dia fikir bukan-bukan pasal anak dia.

"Nafsu sendiri tak boleh kawal, macam biasa, ada je yang nak disalahkan.

Alat solek merupakan barang peribadi yang sering dikongsi golongan wanita. -Gambar hiasan

"Bagi aku, perkara ni mainan syaitan, ia dah mula menguasai fikiran bapa dia, syukur dia masih ada kesedaran. Jadi si bapa kena berbincang dengan isterinya supaya berhenti berkongsi barang peribadi," demikian reaksi warga maya.

Bagi yang memahami konteks kebimbangan hantaran tersebut, mereka berharap agar barang peribadi seseorang itu tidak dijadikan 'hak awam' meskipun dalam kalangan keluarga.

"Saya sendiri apabila adik perempuan tumpang bermalam di rumah, dia nak pinjam baju pun saya tak bagi. Hanya bagi baju yang jarang dipakai sebab suami pernah cakap dia ingat adik saya itu saya sebab pakai baju saya.

"Bapa dia suarakan sebab bapa dia concern benda ni boleh jadi bahaya, benda ada cara untuk ditegah tapi yang perempuan terus buat kesimpulan si bapa bernafsu pada anak.

"Inilah yang mak ayah aku paling larang sejak kecil sampai ke besar ni. Tiap kali perfume aku habis kadang-kadang aku nak la sikit perfume mak aku, tapi mak aku larang sekeras-kerasnya aku pakai perfume yang sama dengan dia," tambah netizen.

Artikel Lain